Thursday, 14 April 2016

TEMA & PERSOALAN CERPEN JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL



Tema

Cerpen   ini   bertemakan   pengalaman   seorang   pelancong   yang   terjerat   dengan pembelian jaket kulit kijang secara tidak sengaja lalu akhirnya membawa kesedaran dan penyesalan terhadap pembunuhan haiwan-haiwan yang dilindungi demi kelangsungan kehidupan moden.

Persoalan


Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam cerpen ini, antaranya:


i.     Persoalan perasaan kasih dan sayang terhadap kehidupan haiwan-haiwan eksotik
Contoh:   Aku berasa kasihan terhadap haiwan kijang yang terpaksa menjadi korban kerana kulitnya dijadikan bahan komersial.


ii.     Persoalan  sikap  berbudi  bahasa  sesama  insan  tanpa  mengira  bangsa, agama dan negara
Contoh:  ‘Akumelahirkan kata-kata yang cukup berbahasa kerana tidak mahu menyakitkan hati pekedai Turki itu.


iii.     Persoalan  kewajaran  memberikan  layanan  serta  ramah  mesra  terhadap pelanggan atau pelancong
Contoh: Pekedai Turki telah memberikan layanan yang mesra kepada pelanggannya dengan memberikan layanan yang baik serta memberikan minuman percuma kepada pelanggannya.


iv.     Persoalan kebijaksanaan sikap puji memuji dalam kalangan masyarakat

Turki

Contoh:    Masyarakat Turki memang pandai memuji pelanggannya demi melariskan jualan.


v.     Persoalan kebijaksanaan dalam menguruskan perbelanjaan kewangan Contoh:   ‘Aku telah membuat senarai nama barangan dan cenderahati yang akan dibeli untuk dibawa pulang ke Malaysia.

2 comments: