Bab 22
Sebuah pesawat peninjau
Lockheed Hudson Australia yang berpangkalan di
lapangan terbang Tanah Melayu terjumpa konvoi Jepun yang berlepas dari Saigon,
Indochina
Perancis. Komander
pesawat tersebut, Pegawai Penerbangan Ramshaw, melaporkan pada mulanya hanya tiga buah kapal belayar,
diikuti selepas itu oleh
sekurang-kurangnya 25 buah kapal pengangkut lain. Angkatan itu diiringi oleh sebuah
kapal tempur, lima buah penjajap
dan tujuh buah kapal pembinasa (Ramshaw tersilap melaporkan kapal penjajap berat sebagai kapal tempur). Pada pendapatnya, kapal-
Ini merupakan
isyarat yang amat jelas kepada kedua-dua laksamana bahawa perang akan meletus. Kedua-dua laksamana itu bertindak dengan segera. Empat buah kapal pembinasa Amerika Syarikat di Balikpapan menerima arahan
agar belayar ke laut
lepas, sementara Laksamana Muda Arthur E.F. Palliser dan Panglima Besar Phillips menerima arahan agar
memerintah HMS Repulse untuk membatalkan pelayarannya ke
Darwin, Australia,
dan kembali ke Singapura secepat mungkin. Lebih banyak perutusan
mengenai konvoi Jepun tiba. Pesawat British diperintahkan agar
melakukan lebih
banyak penerbangan
peninjauan lanjut, tetapi pihak Jepun bernasib baik pada hari itu kerana cuaca buruk menghalang pesawat British
daripada berlepas. Pada pukul 7 petang, angkatan penjajahan Jepun bertukar arah dan belayar ke utara menujui Teluk
Bab 23
Penduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas
dengan berita tentera Jepun akan menyerang. Namun ada
juga yang berasa gembira
kononnya Jepun hendak
menghalau penjajah
dan memerdekakan Tanah Melayu.
Penduduk kampung Sungai Ramal juga bercerita mengenai perang. Pak Saidi tetap
tidak mahu berlakunya perang. Namun
dia
berserah kepada takdir kerana tiga orang
anaknya iaitu
Leftenan Adnan dalam askar Melayu, Ahmad dalam angkatan tentera Laut dalam kapal
HMS
Pelanduk, dan Amarullah juga dalam askar Melayu.
Pak Saidi bangga kerana ketiga anaknya
berada dalam
angkatan tentera.
Namun
ibunya tetap risau sekiranya berlaku peperangan.
Leftenan Adnan sering mengutus
surat kepada adik-=adiknya sambil memberi kata-kata peransang supaya berjuang bersungguh-sungguh demi tanah air.
Bab 24
Sejurus selepas
tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang
dipertahankan oleh
pasukan
India British yang mengawal pantai.
Pasukan meriam British mula membedil sepanjang kawasan persisiran pantai dan laut sewaktu telah jelas bahawa tentera Jepun sudah memulakan pendaratan mereka.
Tembakan suar menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan unit Dogra mula menembak ke arah pesawat pendarat sebaik
sahaja pesawat itu diterangi
suar. Usaha pertahanan
dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi
mereka menghadapi tentangan
yang sengit.
Kubu mesingan (MG)
di pantai digunakan
dengan berkesan terhadap tentera
Jepun yang mula
mendarat dipantai dan
membunuh banyak askar Jepunm termasuk komander batalionnya, Mejar Nakamura, yang mengetuai orang-orangnya menyerbu
kedudukan musuh. Kolonel Masanobu Tsuji menulis dalam bukunya mengenai Kempen Tanah Melayu:
"Kubu-kubu kecil
musuh yang disediakan dengan teliti bertindak dengan ganas dan sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang kami terbaring di pantai, separuh dalam air, separuh di pantai, tidak
dapat mengangkat kepala
mereka". Tidak sehingga tentera Jepun memusatkan serangan mereka terhadap dua buah kubu kecil dan parit pertahanan sokongan yang menguasai kawasan pendaratan, barulah mereka
menguasai
tempat mendarat.
Dalam pertempuran secara berhadapan, tentera Jepun berjaya menumpaskan
tentera India British
yang bertahan kawasan penting ini. Semasa pertempuran ini
berlaku, gelombang penyerang
kedua tersangkut di pantai terbuka dihujani tembakan meriam British yang mengakibatkan jumlah
korban yang teruk. Bagaimanapun, sebaik sahaja
kubu kecil telah dimusnahkan,
pasukan ini
mampu bergerak ke hadapan dan mebolosi kedudukan Dogra. Walaupun membuat serangan balas, kedudukan supai India tidak dapat dipertahankan lagi
dan
pasukan pertahanan mula berundur.
Bab 25
Pada pagi 8 Disember 1941, bertempat dalam Bilik Gerakan Tentera British, Kota
Bharu
suatu
mesyuarat
tergempar diadakan. Pemerintah
Kor. Jeneral Heath
segera menghubungi Ibu Pejabat bagi memaklumkan bahawa tinjauan dari udara
di Teluk Siam mendapati adanyanya gerakan besar-besaran tentera Jepun di Songkla dan Pattani.
Tetapi Ops Matador tidak dapat d dilakasanakan kerana Jeneral A. E.
Percival yang
bertanggungjawab dengan Ops Matador
sedang menghadari
mesyuarat
Majlis Perundangan Negeri Selat. Mereka mendapati
Tentera Jepun sudah mendarat di Kota Bharu. Keadaan di Barat,
nasi
sudah menjadi bubur. Jeneral A. E. Percival menghubungi Panglima Sir Brooke-Popham memaklumkan perkara tersebut barulah Ops Matador dapat dijalankan. Di Kota Bharu kemaraan tersekat di Sungai Kelantan. Pihak Tentera Jepun telah terkorban akibat letupan yang kuat.
Bab 26
Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang
oleh
Tentera Jepun dalam masa yang singkat. Kebanyakan pertahanan telah pun
musnah. Empat
buah kapal pembinasa yang menjadi kapal pengiring tidak dapat berbuat apa-apa kerana maereka juga diserang oleh kapal terbang Jepun.
Jener A.E Percival
mengarahkan tentera
India British menyerang tentera
Jepun. Dalam keadaan kelam kabut, berubdur dari
Nongka, Panglima Brid. Jen. Garret dilaporkan hilang semasa menyeberangi sungai dan mereka terputus hubungan. Pada masa
yang
sama, Jeneral
Yamashita memerintahkan 85 buah pesawat pengebom Jepun menyerang pertahanan
British di Pulau Pinang. Pak Saidi
mengatakan bahawa Ahmad sudah tiada. Pegawai
tentera laut yang membawa berita tentang Ahmad, sudah terkorban di
medan perang.
Penduduk kampung ramai membaca Yasin untuk
Ahmad.
Bab 27
Penduduk Johor
Bharu gempar dengan kehadiran ramai Tentera Jepun. Mereka tiba di
Johor Bharu setelah hampir sebulan mendarat di
Kota Bharu.Pertempuran demi pertempuran telah berlaku dan jatuhnya satu demi satu negeri-negeri di Semananjung
Tanah Melayu dalam masa yang singkat Pihak British terpaksa berputih mata dan
terpaksa mengundurkan tenteranya ke Singapura. Lalu membuat pertahanan di situ.
Panglima Tertinggi British
di Timur Jauh Sir Robbert Brooke-Propham
dilucutkan
jawatan dan digantikan oleh LT. Jen. Sir Henry Pownall. Petang 31 Januari 1942,
seluruh Semenanjung Tanah Melayu jatuh ke tangan tentera Jepun. Tentera Jepun
telah menawarkan Samad agar
berkerjasama dengan mereka untuk membebaskan
Singapura , Samad bersetuju dengan tawaran tersebut. Jeneral A.
E. Percival
agak tertekan dengan keadaan yang sedang melanda. Panglima Tentera Australia Henry Gordon Bennett membuat pemeriksaan kedudukan
pertahanan pasukan tenteranya di bahagian Barat Laut. Kapten
Rix dan
Adnan mengatur persiapan bagi
menentang
tentera Jepun di Bukit Candu dan Pasir Panjang.
Bab 28
Serangan mengejut segera dibalas angkatan tentera diraja British. Serangan
balas tersebut membuatkan tentera Jepun menggandakan bedilan yang bertubi-tubi.
Pasukan tentera India dan tentera
British yang bertahantidak berupaya memberikan tentangan berkesan
dan
terpaksa berundur. Kejayaan tentera Jepun amat menggembirakan hati Jeneral Yamashita. Jeneral Yamashita telah menghantar surat
kepada Jeneral A. E. Precival supaya menyerah kalah. Leftenan Adnan akan mempertahankan Pasir Panjang dan Bukit
Candu dengan apa cara sekalipun.
No comments:
Post a Comment