Bab 1
Farisha seorang gadis yang bertugas sebagai jurutera keselamatan sistem, baru
sahaja selesai bermesyuarat
di Nusa Jaya.
Semasa berada di Lapangan Terbang Senai,
Farisha berkenalan dengan Aqram dan secara kebetulan mereka duduk bersebelahan di dalam kapal
terbang
ke KLIA. Farisha agak teruja melihat jam tangan yang dipakai oleh Aqram yang merupakan pusat kawalan elektronik peribadinya. Sesampainya di pintu apartmentnya, Farisha terperanjat sekali lagi apabila melihat
pintunya juga telah terpasang retinal scanner. Farisha terpaksa
menunggu Shida kawan
serumahnya yang sedang bermain skuasy
dengan JUJU sebuah android
untuk masuk ke apartment
mereka. Farisha
ingin tidur awal kerana
besok dia akan menghadiri satu simposium di Hotel Renaissance. Dalam
masa yang sama rupa-rupanya Aqram sudah
dapat mencuri cawan minuman Farisha semasa di dalam kapal terbang tadi dan dapat
bekerjasama dengan Dr. Maxi untuk mengkaji DNA Farisha.
Bab 2
Pada keesokan harinya Farisha
dan Rosman pembantunya menghadiri sebuah
simposium yang akan dirasmikan oleh Phillips Young, Presiden Persatuan Penggodam Antarabangsa. Bermula daripada pendaftaran,
pencetakan bahan, sehingga mengatur
kedudukan
dalam
simposium
tersebut
semua diuruskan oleh robot.
Sehinggakan Farisha berasa kecewa kerana Phillips Young menyampaikan ucaptama
beliau hanya melalui hologram sahaja. Tanpa diduga Farisha bertemu lagi dengan Aqram. Dalam
pertemuan ini Aqram menyatakan keinginannya mencari jururunding untuk sebuah projek mini di makmalnya. Dalam pada itu Aqram telah berjaya menerobos fikiran Farisha
menggunakan penetrator berupa sebatang
pen
berwarna perang. Tetapi pendinding WALL yang dimiliki oleh Farisha
dapat menangkis segala maklumat yang dikumpul dalam ingatan Aqram. Sebenarnya Aqram sudah sebulan cuba menjejaki
Farisha untuk dibawa ke Soft Lab untuk menyelamatkan Dinara.
Bab 3
Berikutan dengan tawaran Aqram yang ingin mencari jururunding untuk satu
projek, Farisha
dan Rosman telah menghubungi Aqram. Aqram bersetuju
membincangkan perkara itu di
Puchong, berjumpa dengan Karl. Karl seorang yang
pernah menerima anugerah inovasi
peringkat
kebangsaan tiga tahun dahulu.
Tetapi sebelum berjumpa dengan Karl, Aqram telah
memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi dan beliau telah menawarkan RM1.5 juta kepada mereka berdua
untuk tugas
menggodam
tiga kelompok komputer
Soft Lab dalam
tempoh
empat minggu. Farisha
meminta sedikit waktu untuk membuat keputusan. Sebelum pulang Farisha dan Rosman diberi peluang untuk melihat Karl yang terlantar sakit barah.
Projek Dinara yang diteraju oleh Karl terhenti kerana dia sakit.
Bab 4
Pada hari Isnin berikutnya, Farisha bersetuju berjumpa dengan Aqram di Soft
Lab di Cyberjaya. Farisha
menumpang kereta Shida
yang kebetulan ada temu janji
dengan Khairul Anwar di Soft
Lab
juga. Bangunan Soft Lab dilengkapi oleh sistem keselamatan yang
canggih termasuklah
penggunaan imbasan tangan dan retina
mata. Aqram juga menunjukkan beberapa bilik dan ruang
di
situ yang canggih dan lengkap.
Farisha amat teruja, terutamanya apabila dia
memasuki pusat
data. Itulah Dinara yang memuatkan hampir
semua aplikasi dan data. Di sinilah
Farisha mendapat kepastian
bahawa
tugasnya ialah
menggodam dan mengukuhkan
sistem Dinara.
Pada petangnya barulah tugasan Farisha
dan Shida selesai dan mereka pulang
bersama- sama. Namun,
dalam masa yang sama Dr. Maxi, Aqram,
dan Khairul Anwar
mengadakan
perbincangan. Rancangan
mereka hampir berjaya mendapatkan Farisha dan Shida untuk berada di Soft Lab untuk menjayakan rancangan mereka. Mereka
amat perlukan Shida juga sebagai physical backup kepada Farisha. Mereka akan mengusahakan untuk memasukkan mikrocip ke dalam tubuh Shida, sebagaimana yang ada
dalam tubuh
Farisha. Pada malam itu juga Dr. Maxi akan memadamkan beberapa
ingatan dan perasaan Alia, sebuah cyborg canggih supaya ia tidak akan mengganggu
rancangan yang diatur untuk Farisha dan Shida.
Bab 5
Keesokan harinya Farisha dan Shida mula bekerja di Soft Lab. Shida dibawa
oleh Khairul
Anwar ke Arkib manakala Farisha diberikan taklimat oleh Alia tentang semua kod program yang ada dalam Soth Lab. Pada sebelah petang Aqram pula memberi taklimat
kepada Farisha. Aqram menjelaskan bahawa Karl yang telah membangunkan teknologi hypervisor di
dalam Dinara, tetapi Dinara sekarang sudah diceroboh dan penceroboh telah berjaya menyusupkan satu virus bom jangka yang
akan memusnahkan Dinara pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Sebenarnya inilah
tugas Farisha dengan bayaran RM1.5 juta yang dia perlu membersihkan virus bom
jangka itu dan
mengatasi semua kelemahan Dinara. Pada
petang
itu juga Farisha mendapat tahu bahawa Rosman tidak dapat bersama-sama dengannya bertugas di
Soft Lab kerana dia terpaksa meneruskan projek di Senawang
yang
telah menawarkan
bayaran dua kali ganda daripada perjanjian awal. Farisha
bersetuju. Farisha
pulang
dengan kepala yang berat memikirkan tentang
Dinara yang sudah diceroboh itu. Ini
bererti tugasnya amat
berat. Di Soft Lab pula, Alia bertengkar dengan Dr. Maxi kerana
banyak data pengetahuan dan perasaannya telah dipadamkan dan tindakan Alia itu
juga menggambarkan dia
mempunyai perasaan cemburu dan tidak gemar jika ada perempuan lain yang ada hubungan dengan Karl. Pada masa yang sama Khairul Anwar menjelaskan bahawa Rosman tidak akan mengganggu mereka di Soft Lab lagi kerana dia telah mempengaruhi syarikat di Senawang itu untuk membesarkan skop kerjanya.
Pada malam itu Shida mengalami mimpi ngeri sehingga terlambat bangun.
No comments:
Post a Comment