Bab 7
Felicia Landosi, Sister Kanan kepercayaan Doktor Uwang di Pusat Rawatan
Pantai Kasih begitu tertekan dengan situasi di tempat kerja apatah lagi Doktor Usman
sudah mulai mempertikaikan kewibawaannya setelah mendapati
bahawa dia telah
melakukan kesalahan
besar. Doktor Uwang sering mempersoalkan tentang lafaz yang pernah dibuat oleh Felicia ketika mengikuti Kursus Kejururawatan. Felicia juga tertekan dengan serkahan ‘sapi tua’ iaitu ibu Unong Siron tentang musibah anaknya berpunca daripada Felicia sendiri. Felicia berasa bahawa dirinya diperendahkan hingga setaraf
dengan jiran tetangga sewaktu dia masih dalam alam kanak-kanak hingga alam remaja
menyebabkan dia sungguh malu.
Kepahitan
hidupnya menyebabkan dia berjinak-jinak dengan ubat batuk supaya dia dapat melupakan kisah silamnya.
Felicia juga jengkel dengan sikap
Raiha yang dahulunya adalah merupakan
rakan karib sekelas yang berjaya menangkapnya ketika melakukan kesalahan. Dia juga begitu tertekan
dengan
peristiwa hitam yang mencemarkan
sejarah
hidupnya. Dia
sering teringat akan masyarakat jirannya yang
mengatakan bahawa dia merupakan golongan masyarakat
kelas menengah bawah begitu juga tentang kelahirannya yang
tiada diketahui bapa kandungnya. Kenangan
hitam
itu
menghantui dirinya kerana ibunya yang
dianggap liar itu menjadikan
dia
sebagai mangsa
ejekkan rakan-rakan sekolah.
Keadaannya semakin
parah apabila mula berhalusinasi akibat
kesan ubat
batuknya itu. Tiba-tiba dia didatangi oleh seorang lelaki kacak yang siap berpakaian
seperti seorang doktor. Keadaan mamai menyebabkan Felicia tidak dapat melihat
dengan jelas doktor muda itu, Doktor Muda itu bersimpati dengan
keadaan Felicia dan kerana sikap prihatinnya itulah Felicia sanggup percaya dengan doktor muda itu.
Raiha yang
dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih selepas mendapat
panggilan kecemasan tadi mengambil keputusan untuk tidak lagi mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga mencetuskan ketegangan antaranya dan Doktor Uwang. Setibanya di Pusat Rawatan itu Raiha bergegas ke wad yang dihuni oleh Unong Siron. Doktor Alex Ng menegurnya dengan mesra dan bertanya sebab dia
kembali semula sedangkan waktu bertugasnya sudah tamat.
Raiha menyatakan
bahawa dia menerima panggilan kecemasan tentang Unong Siron.
Doktor Alex Ng menjelaskan bahawa mereka tidak
membuat panggilan kecemasan tersebut. Raiha teringat bahawa yang membuat panggilan tadi ialah Doktor
Uwang sedangkan menurut
Doktor Alex, Doktor Uwang sudah pulang siang tadi. Mungkin ini adalah panggilan palsu. Alex turut menjelaskan bahawa doktor-doktor lain turut juga menerima panggilan
palsu seperti itu.
Terlanjur sudah berada di
Pusat Rawatan Pantai Kasih, Raiha ingin menjenguk
Unong Siron yang baharu
sahaja dibedah senja
tadi. Dalam
benak
fikirannya, Raiha berharap Unong akan berjaya pada kali ini.
Bab 8
Raiha masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih bersama Doktor
Sadiz dan kehilangan anak perempuan kesayangannya itu sering menghantuinya tanpa
henti. Lamunannya terhenti apabila dia disapa oleh ibu Unong Siron yang
inginkan kepastian keadaan anaknya selepas menjalani pembedahan kali ke-6 infeksi ke atas
tulang pinggul. Dia berjanji supaya tidak berulang lagi pembedahan yang menyebabkan
ibu tua itu menghadapi kesukaran terutama apabila semua wang simpanannya habis. Dia juga berjanji tidak
akan ada derita lagi pada Unong yang terpaksa menghabiskan masa lama di hospital.
Setelah memastikan bahawa semuanya berada dalam keadaan
normal, Dia amat bersimpati dengan anak gadis kecil itu sehinggakan ingatannya teradap anak gadisnya yang rentung datang kembali. Apatah lagi ingatan terhadap
sikap Doktor Sadiz yang memintanya menghantar ayu agar dipelihara oleh orang lain.
Lamunannya tersentak apabila
Ariana
Abdullah
menyatakan
bahawa Sister Felicia Landosi ditahan oleh
penceroboh yang menyamar sebagai doktor dahulu, di bilik bedah.
Keadaan
menjadi huru-hara
dengan
kejadian ini. Ibu
Unong Siron menawarkan diri untuk menenangkan penceroboh kerana dia kenal penceroboh yang tinggal
bersebelahan
dengan kampungnya. Ibu Unong Siron
meminta
penceroboh
yang
menyamar
sebagai doktor itu membantu menyelamatkan anaknya yang
parah. Hati
penceroboh itu tersentuh dan
membuka pintu kecemasan. Pengawal keselamatan meluru
masuk ke dalam bilik tersebut tetapi dihalangi oleh Raiha yang menyatakan bahawa Unong Siron begitu parah dan dibawa ke hospital lain
untuk mendapatkan
rawatan dan meminta penceroboh itu ke hospital tersebut. Peristiwa itu pun berakhir. Ibu Unong Siron menceritakan sebenarnya penceroboh itu adalah bekas
penuntut bidang perubatan sebuah universiti tempatan yang
gagal dalam peperiksaan akhir semester.
Bab 9
Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat Rawatan Pantai
Kasih, dia ternampak bayangan wajah anak saudaranya yang sudah meninggal dunia
akibat rentung di dalam kereta mewah yang terbakar. Dia teringat waktu Doktor Mohammad dan Doktor Alex
Ng memintanya bertugas walaupun sebenarnya dia ingin berehat di rumahnya daripada kengiluan pada kedua-dua belah pergelangan tangan
dan
kepala lututnya. Doktor Uwang juga terimbas
kembali tentang infeksi yang berulang kembali walaupun pembedahan kali keenam dilakukan ke atas Unong Siron
dan menganggap sekiranya menjadi akut sekalipun bukanlah salahnya. Dia juga terbayang
semua wajah pesakitnya yang pernah
dibedah seolah-olah mahu berinteraksi dengannya. Kemudian
disusuli dengan wajah seorang
kanak-kanak perempuan yang
seluruh badannya
melecur. Kesemua wajah-wajah ini
mengganggu
hidupnya belakangan ini.
Doktor Uwang juga teringat saat dia menghantar Dotor
Sadiz
dan
Felicia Landosi
pulang selepas
menghadiri majlis sempena menyambut ketibaan tahun baru. Doktor Sadiz
yang
marah apabila mendapati
Raiha membawa pulang
kereta Porsche
bersama-sama anak perempuannya. Dia juga teringat ketika membawa Doktor
Sadiz untuk membeli minyak petrol dan berhenti di sebuah rumah tumpangan pada tengah
malam dan teringat saat kereta Porsche itu dijilat api tidak lama kemudian sehingga
menyambar
kanak-kanak
perempuan yang secara
kebetulan berada di situ.
Doktor Uwang juga terbayang wajah perempuan
tua
yang memohon simpati sebagaimana wajah-wajah waris pesakit golongan kelas menengah bawah yang
lain. Perempuan tua itu
bertanya tentang kesan sekiranya komplikasi masih berlaku walaupun anaknya sudah dibedah sebanyak enam kali. Doktor
Uwang
masih mengatakan bahawa urusan wang
bukanlah urusannya. Kemarahan perempuan tua itu
menyebabkan Doktor
Uwang tercabar apabila dicop sebagai doktor mata duitan. Doktor Uwang tersentak apabila ingatannya kembali kepada penceroboh yang
masuk dan
menyamar sebagai doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih yang
sepatutnya sesuai menangani
kes
anak peremuan tua itu.
Raiha teringat sikap Doktor Sadiz
yang tidak akan memaafkannya walaupun sampai dia meninggal dunia. Doktor Sadiz akan
membiarkan hidup Raiha tergantung-
gantung. Raiha turut melihat sikap Doktor
Sadiz
yang keluar melangkah dari mahkamah
keluarga dengan senyum sinis. Dia juga masih ingat dengan tidak dijangka-jangka
kereta Doktor Sadiz yang memecut laju dan sedang mengekori
lori minyak petrol merempuh belakang lori yang berhenti
secara tiba-tiba di
persimpangan lampu trafik.
Doktor Uwang telah merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat
seluruh tubuhnya tidak dapat berfungsi
dengan baik apabila tangannya berasa kebas
dan
lututnya kejang. Dia dikeluarkan dari kenderaan mewah yang dipandunya dengan
bantuan pekerja-pekerja pusat rawatan
tersebut dan Raihalah yang
mengambil alih
menyelamatkan nyawanya dan
melakukan pembedahan
apabila
didapati kecederaan
teruk di bahagian pergelengan tangan dan lutut kaki yang hancur dan memerlukan
penggantian sendi
pada anggota
tersebut.
Akhirnya Felicia Landosi memohon maaf adaripada Raiha atas penglibatan dirinya menjadi budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz yang akhirnya
berjaya
menjejaki
Raiha
dan menjadi saksi apabila
Doktor
Sadiz melepas
geram
dengan membakar kereta itu sendiri. Dia sendiri terkejut apabila secara tiba-tiba anak Raiha muncul di situ dan langsung
disambar api dan dia turut
menyatakan bahawa sewaktu di mahkamah dia tidak tampil
sebagai saksi kerana takut. Raiha akhirnya tersedar bahawa mereka adalah mangsa keadaan.
No comments:
Post a Comment