Thursday, 7 April 2016

TEMA & PERSOALAN NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA

Tema

Tema novel ini mengisahkan keberanian seorang anggota tentera dalam mempertahankan tanah air. Leftenan Adnan bin Saidi telah menunjukkan keberanian dan kecekalan sejak kecil serta mendapat dorongon daripada bapanya untuk menjadi askar. Keperwiraan beliau terbukti apabila beliau berjuang menentang musuh hingga penghujung nyawa.




Persoalan

Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya:

i.     Persoalan pengorbanan seorang isteri

Contoh  Isteri Laftenan Adanan iaitu Sophia sanggup berkorban berpisah dengan suaminya dan menjaga anank-anak.


ii.     Persoalan kebijaksanaan dalam menghadapi situasi genting

Contoh :  Laftenan Adnan bijak membaca helah tentera Jepun walaupun tentera Jepun menyamar sebagai askar India dengan memakai turban ketika cuba menyerang askar Melayu.



iii.     Persoalan sikap berpandangan jauh

Contoh :  Ayah Laftenan Adnan iaitu Pak Saidi menyekolahkan Laftenan Adnan di sekolah Inggeris walaupun anak-anak Melayu lain bersekolah pondok.


iv.     Persoalan semangat cinta akan negara

Contoh  :    Laftenan Adnan  yang  bertugas  sebagai  guru  sanggup  meninggal kerjaya untuk memasuki bidang ketenteraan demi berjuang mempertahankan tanah air.

No comments:

Post a Comment