Sinopsis
Mengisahkan ‘Aku’
melancong ke negara
Turki
sambil
mencari
cenderahati
untuk dibawa
pulang ke
Malaysia. Pelbagai
barangan
yang tersenarai untuk dibeli
kepada rakan-rakan serta dirinya sendiri. Namun dirinya hanya tertarik
dengan buku-
buku
berbanding barang-barang hiasan yang
lain. Sejumlah wang telah disediakan dan
diperuntukkan untuk pembelian cenderamata tersebut
serta sedikit wang kecemasan untuk dirinya. Beliau juga telah dinasihatkan oleh pemandu pelancong dan beberapa panduan serta pantang larang
ketika berbelanja di Istanbul. ‘Aku’
serta rakan-rakannya
berasa sukar untuk menawar harga barangan yang hendak dibeli
kerana tiada tanda harga dipamerkan dan harga barangan hanya akan diberitahu jika ditanya.
Melintasi sebuah kedai menjual jaket kulit, ‘Aku’ terpaku pada sepasang sarung tangan kulit berwarna hitam di rak cermin. ‘Aku’ mengimbas akan abangnya yang
menunggang motosikal pergi balik kerja. Andai ada sarung
tangan kulit, tentu tangan Abang
Longnya itu tidak terdedah pada terik matahari. Pemuda
Turki
seakan dapat
membaca isi hati menunjukkan sarung tangan kulit itu namun ‘Aku’ tidak berani
mengambilnya kerana tidak mengetahui
akan harganya.
Hajah Normah dan
Dr.
Liza tertarik dengan harga jaket berwarna kuning
keemasan yang dibeli oleh Haji Helmi dan isterinya dengan harga yang murah berbanding kedai-kedai lain. ‘Aku’ tiada pilihan mengikut rakan-rakannya masuk ke kedai tersebut. Kedainya tidaklah
begitu luas namun mampu menempatkan sepuluh orang pelanggan pada satu-satu masa dan mempunyai beratus-ratus helai jaket kulit beraneka warna dan rupa bergantungan kemas
di dalam rak berhawa dingin. ‘Aku’ dan rakannya dilayan mesra umpama selebriti. Pekedai tanpa putus asa memujuk ‘Aku’
agar membeli jaket kulit kijang. Namun, ‘Aku’ masih belum berniat untuk mencari
pengganti jaket kain yang telah lama berkhidmat kepadanya. Namun, kerana ingin
mengambil hati rakan-rakannya atau terhutang budi kerana secawan teh epal, ‘Aku’ cuba mengenakan jaket kulit tersebut. ‘Aku’
tersentak dengan harga yang disebutkan kerana dia tidak mempunyai wang yang banyak untuk membeli jaket kulit kijang yang
lembut itu. Dua rakannya itu telah membayar harga jaket pilihan mereka. ‘Aku’ dengan kata-kata berbudi bahasa mengambil
keputusan untuk tidak membeli jaket tersebut.
Wajah pekedai bertukar masam dan marah dengan tindakan ‘Aku’ dan
mengeluarkan kata-kata kesat.
Perjalanan melawat Egyptian Market, ‘Aku’ didatangi seorang remaja kurus dan
bercakap separuh berbisik menjual
barangan Black market. Melewati rakan ‘Aku’,
Kak Chah dan Shahmeem, lelaki dewasa bertubuh tegap iaitu seorang polis
menangkap remaja tersebut atas kesalahan menjual
barangan Black market. Ketika beratur menaiki
feri
menyeberangi Selat Bhosporus, seorang lelaki tua dengan
berani meletakkan
sehelai jaket kulit berwarna hitam di
lengan Aku. Rakan ‘Aku’, Shahmeem menunjukkan
minat
dan
membeli dengan
harga AS$ 120, namun
tidak sesuai dengannya apabila
dipakai. Shahmeem
menjual pula kepada ‘Aku’ dengan harga AS$100. ‘Aku’ terpaku
namun dapat
menggembirakan hati Shahmeem. ‘Aku’ juga menggambarkan tidak
praktikalnya jaket itu
digunakan
di
Malaysia, tidak sesuai dipakai dengan cuaca di Malaysia. Perlu dijaga dengan rapi, tidak boleh dilipat sembarangan, kulitnya tidak tahan lasak
jika koyak
pula
tidak dapat dijahit dengan benang. Jelas sekali ‘Aku’ terlihat
lebih seekor
Kijang akan dibunuh untuk mendapatkan sehelai
jaket kulit.
Akhirnya,
‘Aku’ berhasrat untuk menggembirakan orang lain. Dia akan
menjual
jaket itu dan wang
jualan akan
didermakan kepada
mana-mana zoo yang mempunyai kandang
kijang, sabagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang terkorban demi gaya hidup yang penuh dengan kemodenan.
No comments:
Post a Comment