Bab 22
Abang Rashid memberitahu Lili, bahawa Haziq dan Rafiq telah ditangkap oleh penduduk-penduduk kampung dan salah seorang
daripadanya teruk dibelasah oleh
ayah mereka. Lili bercadang ke rumah Che Jah untuk mengetahui keadaan yang
sebenar dan kemudiannya merancang
ke pekan bersama-sama dengan Abang Rashid.
Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah Che Jah,
Lili dipersilakan disambut dan
dipersilakan masuk ke dalam rumah. Che Jah menjelaskan Haziq
teruk dibelasah
dengan tali pinggang oleh ayahnya. Menurut cerita Che Jah lagi,
Haziq semasa alam persekolahan
dulu
merupakan
seorang pelajar yang pandai, tetapi telah dibuang
sekolah kerana selalu
ponteng dan melawan guru. Haziq menjadi
nakal kerana bergaul bebas dengan budak-budak nakal sehingga perangainya tidak dapat dilentur. Che Jah
memohon maaf kepada Lili tentang apa yang dilakukan oleh anaknya terhadap Lili, tetapi Lili secara
ikhlas telah memaafkannya. Che Jah memuji-muji kebaikan hati Lili
yang
sanggup datang
menjenguk dan bertanya khabar. Che Jah mempelawa Lili untuk makan tengah hari di
rumahnya, dia tidak menolak pelawaan itu.
Bab 23
Nenek menegur Lili kerana mengambil tahu tentang hal keluarga orang lain.
Nenek juga memberitahu bahawa orang-orang
kampung memang suka bermuka-muka.
Kekadang boleh mengumpat hanya melalui
jendela sahaja. Lili menghampiri
datuk
yang
masih belum selesai dengan isu kubah surau dan herba-herba ubatan tradisionalnya.
Seman suami Che Jah merupakan seorang
bapa
yang sangat garang. Seman bukan sahaja garang terhadap anak-anaknya, tetapi juga
terhadap orang-orang lain yang berurusan dengannya.
Kelakuan buruk Seman ialah suka berjudi,
berhutang, menipu,
minum arak dan anak-anak serta isterinya akan menjadi mangsa kekejamannya. Lili
melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap segala tindakan dan perbuatan Seman yang tersalah
mendidik anak-anak dalam membina keluarga bahagia.
Bab 24
Menjelang waktu isyak, melalui jendela Lili ternampak sebuah lori membawa kubah di puncaknya terdapat bulan sabit.
Selepas jam sepuluh malam, barulah Lili
mendapat berita dari
datuk bahawa kubah surau akan dipasang
dalam masa terdekat.
Kini isu kubah surau
telah menjadi perbualan hangat dalam kalangan penduduk-
penduduk kampung. Abang Rashid lebih suka sebuah masjid didirikan di kampung
tersebut sebagai tanda pembangunan, begitu juga dengan Lili. Bagi datuk
pula tidak kisah, sama ada
kubah surau atau
sebuah masjid, yang penting ilmu-ilmu
agama
ditegakkan.
Bab 25
Menjelang
pagi, Lili memberitahu nenek untuk berada
di
luar, sama ada
melihat kubah surau atau bertemu dengan Che Jah.
Nenek menasihati Lili agar dalam keadaan
sebegini lebih selamat tidak berjumpa dengan sesiapapun. Mengikut nalurinya, pada
hari
ini Lili perlu berkomunikasi dengan seseorang. Danel datang membawa gulai kari
pisang
ikan masin yang
dimasak sendiri dan menyampaikan suatu pesanan khas ayahnya kepada datuk. Berita kenaikan harga minyak petrol dan diesel telah
menenggelami isu kubah surau ketika ini. Di
mana-mana sahaja semua penduduk akan membincangkan kenaikan harga bahan api tersebut dan
mengeluh tentangnya. Begitu
juga kenaikan harga barangan yang lain termasuk perubatan. Datuk sempat memperli Danel, bahawa kos perubatan tradisional sahaja yang
tidak naik. Lili ke rumah Che Jah
menziarahinya dan sempat
melihat keuzuran Haziq yang
belum sembuh akibat kesan dibelasah oleh ayahnya. Che Jah begitu mesra melayan Lili, jangkaan dan gambaran buruk perwatakan Che Jah oleh nenek, jauh berbeza. Lili memberitahu Che Jah, bahawa dia akan kembali ke Kuala Lumpur seminggu lagi.
Bab 26
Lili berpendapat,
dua
cadangan yang
perlu
diketengahkan iaitu perlunya dibina sebuah masjid dan melaporkan kepada biro pengaduan jenayah yang dilakukan oleh
Seman terhadap ahli-ahli keluarganya. Datuk menasihati Lili
agar tidak memikirkan hal-
hal
yang berat dan lebih
member tumpuan menghabiskan masa cuti persekolahan. Danel pula telah banyak membantu, seperti
menyelamatkan nyawa, membawanya ke
pekan dan dalam segala hal juga
mereka
bersependapat. Lili juga berpandangan bahawa tugas membangunkan kampung terletak di bawah tanggungjawab Danel
sebagai penduduk tetap dan perlu memperjuangkannya.
Bab 27
Nenek bersuara janggal mengatakan sesuatu sambil memanggil Abang
Rashid. Abang Rashid pula tergesa-gesa menyediakan basikalnya untuk membawa nenek ke
rumah Che Jah. Ada sesuatu perkara yang
berlaku di sana sehingga menyebabkan
nenek bergegas
ke rumah Che Jah. Lili
dan
Danel juga segera ke rumah Che Jah tetapi masih belum pasti
apa yang berlaku. Sebaik-baik sahaja sampai kedengaran tempikan
seorang lelaki, pastinya Seman sedang berang. Terdapat beberapa orang di
dalam
rumah Che Jah ketika itu. Tiba-tiba seorang
pemuda jatuh terhumban dari atas rumah,
iaitu Haziq dengan keadaan tubuhnya berdarah. Seman yang naik angin dan dalam
keadaan yang
tidak siuman telah menerajang
Haziq sehingga menyebabkan mulutnya berdarah. Tiada seorangpun yang berani meleraikan ketegangan itu, mereka hanya
berani
melihat tentang apa yang berlaku. Manakala, Che Jah telah memekik minta cerai kerana tidak sabar lagi
dengan karenah suaminya yang bertindak melulu.
Bab 28
Che Jah belum berjaya menuntut cerai daripada suaminya. Suaminya, Seman masih dengan perangai buruknya, kaki judi, sering pulang lewat malam dan sering
memukul anak-anak dan isterinya. Seorang pesakit baru yang datang berubat dengan datuk kerana penyakit gout. Datuk meminta Lili mengambilkan sebotol
herba untuk
pesakit
wanita
tersebut
dan
menerangkan pantang
larang tentang sakit
tersebut. Pesakit wanita
tersebut bernama Puan Hamimah
dalam usia tiga puluhan lebih selesa
dengan panggilan
Kak
Mimah sanggup bermalam di
rumah datuk kerana untuk
habiskan berubat. Hasil perbualan dengan Lili, Kak Mimah bekerja sebagai penolong
pegawai, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Warga Tua dan Keluarga. Tugasnya berkaitan dengan keganasan rumah tangga, penganiayaan kanak-kanak dan
pengabaian warga
tua.
Lili
telah mengambil
kesempatan dan peluang
ini untuk membuat
aduan terus
kepada Kak Mimah dan memanjangkan kes keluarga Che Jah kepada pihak berkuasa.
No comments:
Post a Comment