Leftenan Adnan Wira Bangsa
( Abdul
Latip Talib )
Bab 1


bumi daripada Tanah Melayu.
Bab 2
Adnan bermimpi mengenai kehebatan Hang Tuah dan kawan-kawannya. Dia
sangat mengemari kisah
kepahlawanan Hang Tuah. Sebelum tidur emaknya akan
bercerita mengenai kisah-kisah pahlawan dahulu kala. Setiap pagi, Pak Saidi akan membawa anak
sulungnya ke tempat kerjanya.
Tujuannya ialah
untuk mengajar
anaknya itu mengenai betapa susahnya untuk mencari rezeki. Pak Saidi memiliki satu
hektar kebun getah
dan sebidang tanah sawah tinggalan orang tuanya yang menjadi sumber
pendapatan kepada Pak
Saidi
untuk menyara keluarganya. Penduduk kampung Sungal Ramal bergantung hidup
kepada
aktiviti
pertanian sepenuhnya. Mereka akan mengusahakan sawah padi dan menoreh getah untuk mendapatkan
sumber pendapatan. Namun, terdapat segelintir penduduk kampung yang lebih suka
menghabiskan
masa dengan bersembang di warung kopi milik
Pak Samad
yang
terletak
di persimpangan kampung. Pak
Saidi dan Adnan singgah sebentar
di warung tersebut untuk melepaskan lelah. Warung itu tidak pernah sunyi dengan riuh-rendah
suara penduduk kampung yang menjamu selera sambil berbual dan ada juga yang
bermain dam.
Bab 3
Pak Saidi disambut
oleh anak-anaknya apabila
pulang dari
menoreh getah.
Hatinya gembira apabila melihat gelagat anak-anaknya itu. Sambil duduk berehat di
atas
pangkin kayu, Pak Saidi melihat gelagat anak-anaknya yang sedang berlatih silat. Adnan mengajak adik-adiknya untuk berlawan dengannya. Walaupun perlawanan itu
melibatkan dua lawan satu, namun
Adnan
tidak mudah dikalahkan oleh kedua-dua adiknya kerana sikapnya yang
tidak mahu mengalah. Setiap
kali mereka
bersilat,
Adnan yang selalu menang. Pak
Saidi dapat melihat
semangat
pahlawan yang ada dalam diri anak
sulungnya itu.
Walaupun tidak
berpelajaran, tetapi Pak
Saidi
mempunyai
wawasan serta keazaman yang tinggi terhadap masa depan anak-anaknya.
Bab 4
Pak Saidi
bersama anak
sulungnya, Adnan
pergi
ke
dusun
durian untuk
membersihkan kawasan dusun tersebut. Setelah selesai membersihkan
dusun, mereka
melepaskan
penat dengan berehat di sebuah pondok yang terdapat
dalam dusun
tersebut. Sambil berehat di
pondok, Adnan mengambil peluang untuk bertanya ayahnya
mengapa dusun itu
terletak
berdekatan dengan kawasan kubur. Ayahnya telah menceritakan tentang
asal usul kawasan dusun tersebut. Adnan
juga telah bertanya
mengenai asal usul keluarganya yang berasal daripada keturunan Minangkabau.Pak
Saidi juga
telah
bercerita
kepada
Adnan mengenai
penentangan orang Melayu
terhadappihak penjajah.
Bab 5
Pak Saidi baru pulang dari ladang getah dan ditegur oleh isterinya, Mak Milah.
Mak Milah mempelawa Pak Saidi
untuk makan tengahari.
Pak Saidi mengajak
anak-
anaknya unttuk makan tengahari bersama. ketika makan, Pak Saidi tidak lupa untuk memberi nasihat kepada
anak-anaknya. Adnan meminta kebenaran daripada ayahnya untuk bersekolah pada tahun hadapan. Mak Milah telah bertikam lidah dengan Pak
Saidi untuk
menghantar Adnan samada
di sekolah melayu, sekolah inggeris ataupun di sekolah pondok. Akhirnya, Mak Milah akur dengan keputusan yang diambil
oleh Pak
Saidi.
Bab 6
Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris.
Walaupun ramai penduduk
kampung yang tidak
mahu
anaknya bersekolah Inggeris
kerana kononnya akan menjadi murtad namun
Pak Saidi berfikiran sebaliknya. Dia ingin anak-anaknya menjadi orang yang berpelajaran. Setiap pagi, sebelum pergi ke sawah, Pak
Saidi mengayuh basikal menghantar
Adnan
ke
sekolah
Inggeris di
pekan
Sungai
Ramal.
Tengahhari dia
menjemput anaknya dari sekolah.
Bab 7
Penduduk Kampung Sungai
Ramal
menjadi gempar. Orang ramai heboh
bercerita mengenai
Pak
Saidi yang menghantar anaknya belajar di sekolah Inggeris.Ramai penduduk tidak
bersetuju.Pak Saidi orang pertama yang berbuat demikian.Mereka khuatir anak Saidi akan dipengaruhi oleh Orang Putih.Lebai Pian
menyuruh Tok Ketua mengambil tindakan atas perbutan Saidi. Namun, Tok
Ketua membantah.
Lalu, Tok
Ketua
menyatakan bahawa
anak Lebai Pian
mencuri buah rambutan dan durian orang kampung.Nordin iaitu anak Lebai Pian
membuat rancangan
uuntuk mengenakan Pak Saidi.
No comments:
Post a Comment