Bab 29
Penghulu Deraman bersama anak-anak buahnya yang terdiri daripada pengawal
kampung datang bertemu dengan Leftenan Adnan. Tujuan mereka untuk
menyatakan
persediaan mereka bertempur membantu pasukan Askar Melayu menentang
Tentera Jepun.
Pasukan
Rejimen
Askar Melayu
memilih
mengadakan pertahanan di
satu rabung dipanggil dengan nama Rabung Pasir Panjang. Jeneral
Yamashita berang
apabila tiga pengintipnya mati ditembak Askar Melayu. Berita penawanan Askar Melayu
dari Kompeni
"B" meresahkan Leftenan Adnan. Leftenan Adnan terus bersemangat untuk berjuang hingga ke titisan yang terakhir.
Bab 30
Suasana Pagi itu hening Askar Melayu yang tidak bertugas sedang
tidur-tidur
ayam.Tiba-tiba suasana yang tenang
itu dikejutkan dengan satu jeritan. Tentera Jepun
sudah menyerang
Tanah Melayu. Leftenan Renya memimpin pasukan penggempur
memerintahkan orang-orangnya terus melapskan tembakan mortar
ke arah pertahanan
pihak lawan. Kebanyakan tembakan tepat
mengenai sasaran. Jeneral Yamashita bertambah berang, dia mahu pasukannya mencari jalan
bagaimana mahu
menembusi kubu pertahanan tentera Melayu. Tentera Jepun memakai pakaian tentera Sikh untuk
mengelirukan musuh.
Dua puluh orang tentera Jepun yang memakai turban telah
dibunuh dari jarak yang dekat.
Bab 31
Kehebatan Askar Melayu yang
berjaya menghidu tipu
helah yang
dibuat oleh tentera Jepun
telah menyebabkan Leftenan Renya Mutugchi berang. Disebabkan itu,
tentera Jepun telah bertekad untuk
menyerang Askar Melayu di
Bukit Candu secara
besar-besaran. Serangan kali ini menggunakan kapal terbang untuk serangan udara
dan
disusuli dengan serangan pasukan artileri.
Bab 32
Pertempuran sengit berlanjutan di
Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk bom tangan dan senjata automatik.
Lt.
Adnan sendiri mengendalikan senjata
mesingan jenis Lewis Gun.
Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam
pertempuran berhadapan menggunakan bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh.
Dalam
pertempuran
yang
berikutnya pegawai
dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang
menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersunguh-sungguh.
Tentera Jepun yang marah kerana keberaniannya menentang musuh
sehingga ramai yang terkorban telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan
guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang
cedera
parah itu pada dahan pokok ceri.
Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya telah berbaris panjang kemudian mereka berjalan di bawah pokok
ceri
itu. Setiap orang yang lalu
di bawah pokok ceri itu telah menikam tubuh Leftenan Adnan yang
tergantung pada pokok
tersebut dengan boyonet. Kejadian itu dilihat oleh Koperal Yaakob.
Bab 33
Dua hari selepas
pertempuran di Bukit
Candu dan setelah askar British menerah
kalah, Haji Burhan dan beberapa orang penduduk kampung yang tinggal berhampiran dengan Bukit Candu telah memanjat bukit tersebut. Mereka menjumpai sebuah banglo
lalu memasukinya. Di sana terlihat berpuluh mayat askar Melayu bergelimpangan. Ada yang putus lehernya dan ada pula yang terburai perutnya akibat tikaman dan tetakan senjata tajam.
Mereka juga terjumpa
seorang yang masih
hidup lalu merawatnya. Kemudian
Kopral Yaakob pun menceritakan kehebatan askar Melayu menentang
Jepun sehingga
ke titisan darah terakhir. Kemudian penduduk kampung
mengumpulkan
mayat-mayat
askar
Melayu lalu mengebumikannya.
Bab 34
Pada suatu hari
berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke kampung Sungai Ramal, Kajang. Mereka mencari keluarga Leftenan Adnan. Tetapi penduduk kampung
telah
berpakat
tidak
akan bekerjasama dengan tentera
Jepun. Mereka
menyembunyikan
keluarga Leftenan Adnan. Keberanian Leftenan Adnan menjadi
pencetus semangat anak-anak
muda bagi menentang tentera Jepun. Ramai yang menyertai pasukan
pembebasan rakyat bagi menentang pendudukan Jepun di tanah Melayu.
Bab 35
Penduduk Pekan Sungai Ramal hidup dalam ketakutan dan kesusahan di bawah
pemerintahan Jepun.
Peniaga-peniaga Cina
menutup kedai kerana takut dengan keganasan Jepun. Penduduk kampung yang menjadi mangsa hidup dengan serba
kekurangan. Rakyat terpaksa memakan ubi, pisang ,dan apa saja yang boleh menjadi
alas perut. Sophia dan anak-anaknya dijaga oleh ayahnya iaitu Pakih Muda. Sophia
diuji lagi dengan kematian anak perempuannya, Fatimah akibat demam
panas.
Pada 15 Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah dan Tanah Melayu diperintah semula oelh British. Rakyat telah kembali memulakan kehidupan baru
dengan
mengerjakan ladang dan sawah sebagai kegiatan harian. Sophia bekerja di
sawah dan
menoreh getah untuk
menyara anak-anaknya. Setelah Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal dibuka semula, Sophia telah ditawarkan semula mengajar di sekolah itu. Pada
hari
pertama memulakan tugas di sekolah, Sophia telah berkenalan dengan Ustaz
Ridwan dan akhirnya mereka berdua telah berkahwin menjadi
pasangan suami
isteri
yang bahagia.
Selepas empat tahun
berkahwin, mereka telah berpindah ke Melaka.
Sophia disahkan menghidap penyakit leukimia.
No comments:
Post a Comment