Tema
Cerpen ini bertemakan pengalaman seorang pelancong
yang terjerat dengan pembelian jaket kulit kijang secara tidak sengaja lalu akhirnya membawa kesedaran
dan penyesalan terhadap pembunuhan haiwan-haiwan yang dilindungi demi
kelangsungan kehidupan moden.
Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam cerpen ini,
antaranya:
i. Persoalan perasaan kasih dan sayang terhadap kehidupan
haiwan-haiwan eksotik
Contoh:
Aku berasa kasihan terhadap haiwan kijang yang terpaksa menjadi korban kerana kulitnya dijadikan bahan komersial.
ii. Persoalan
sikap berbudi
bahasa
sesama insan tanpa mengira bangsa, agama dan
negara
Contoh: ‘Aku’
melahirkan kata-kata yang cukup berbahasa kerana tidak mahu menyakitkan hati
pekedai Turki itu.
iii. Persoalan
kewajaran
memberikan
layanan
serta
ramah mesra terhadap pelanggan atau
pelancong
Contoh: Pekedai Turki telah memberikan layanan yang mesra kepada
pelanggannya dengan memberikan
layanan yang baik serta memberikan
minuman percuma kepada pelanggannya.
iv. Persoalan kebijaksanaan sikap puji memuji dalam kalangan masyarakat
Turki
Contoh: Masyarakat Turki memang pandai memuji
pelanggannya demi
melariskan jualan.
v. Persoalan kebijaksanaan
dalam menguruskan
perbelanjaan kewangan Contoh: ‘Aku’ telah membuat senarai nama barangan dan cenderahati yang akan dibeli untuk dibawa pulang ke Malaysia.
thankyouuu heheh
ReplyDeleteSye berminat dengan cerpen ini
ReplyDelete