Bab 11
Apabila
sudah boleh bangun
dan berjalan Farisha ingin mendapatkan penjelasan daripada abangnya Azraai tentang ibu kandungnya. Azraai menceritakan semua yang dia tahu tentang Farisha. Farisha menjadi
adik
angkatnya kerana hendak menyelamatkannya daripada dijadikan
bahan uji kaji ibunya sendiri. Azraai menerangkan bahawa dia dan beberapa
orang
lagi telah diamanahkan menjaga
keselamatan Farisha.
Apabila Farisha mendedahkan bahawa dia dapat berkomunikasi dengan ibunya,
Azraai kelihatan sangat cemas dan menyatakan bahawa Farisha dalam
bahaya dan terus
membawa Farisha keluar dari hospital
menuju ke arah selatan. Azraai bercakap dengan seseorang
dan bersetuju
mendapatkan kunci rumah daripada
orang
tersebut di Perhentian
Ayer
Keroh. Dalam pada itu Alia ditugaskan oleh Dr. Maxi untuk
mempengaruhi
otak Shida. Akhirnya Dr.
Maxi dapat
berkomunikasi
dengan Karl melalui Shida. Karl
mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ kerana virus yang disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan yang akan memusnahkan Dinara dan ribuan
manusia. Dia perlukan Farisha. Tetapi Farisha sudah meninggalkan Kuala Lumpur. Azraai ingin membawa Farisha ke Kulai, tetapi dalam perjalanan
Farisha diculik pula oleh dua orang suruhan ibu Farisha. Dalam masa yang sama di Soft Lab sesuatu
berlaku kepada Shida. Karl bercakap melalui
Shida. Karl menyatakan bahawa Khairul
Anwar ialah seorang budak pengemis yang bernama
Muhammad
Irfan yang
telah diganti ingatannya. Khairul Anwar sangat
berang.Karl juga menyebut bahawa dia memukul
seorang wanita sehingga menjadi
cacat.
Bab 12
Penculik Farisha, iaitu
Amin
dan Farid
dalam
perjalanan
ke Seremban membawa Farisha bertemu dengan
ibunya
Marilyn.
Dalam tidur
Farisha dapat
dihubungi oleh ibunya tetapi terhenti apabila
brek
kereta ditekan mengejut lalu Farisha terjaga. Dalam pada itu di Soft Lab, Alia berkomunikasi dengan Shida dan memberitahu bahawa wanita cacat itu ialah dirinya yang dipukul oleh Karl kerana dia enggan meninggalkan agamanya. Perbualan antara
Alia dan Shida dapat
disaksikan oleh Dr. Maxi, Aqram dan Khairul Anwar. Ketiga-tiga mereka berasa sedih
memikirkan akibat yang akan ditanggung oleh Shida akibat pemindahan maklumat pahit dan ngeri selama
20 tahun oleh Karl ke dalam otak Shida. Berdasarkan laporan yang tersimpan di dalam
Dinara, Dr. Maxi juga menerangkan
kepada
Khairul Anwar dan Aqram bahawa ujikaji seperti itu juga pernah dilakukan tetapi gagal dan mangsanya ialah Medina. Dalam
pada itu alat pengesan pintar Rosman dapat mengesan arah Farisha dilarikan. Mereka menuju ke Soft Lab, Cyberjaya. Azraai juga menuju ke sana. Apabila tersedar Farisha menjerit-jerit dalam kenderaan yang dipandu oleh Farid dan
Amin. Mereka mengherdik
Farisha mengatakan dia akan bertemu emaknya yang sudah sangat lama ingin bertemu dengan anaknya itu.
Namun Farisha
marah dan ketakutan tidak mahu berjumpa perempuan
itu
sebaliknya dalam
keadaan
kaki dan tangan terikat,
dia mahu
dihantarkan kepada abangnya Azraai. Farid
dan Amin tidak
ambil peduli. Manakala di
Soft Lab, Shida menyanyi dalam suara yang agak perlahan lagu kegemaran Karl. Alia
mendengar. Alia berkomunikasi dengan Karl
melalui Shida lagi. Alia mendapat tahu
bahawa Karl gagal mendapatkan cinta
Medina. Aqram dan Dr.Maxi sependapat mengetahui
bahawa Alia
tetap
berasa
cemburu
terhadap Karl
bekas suaminya walaupun
sudah beberapa
program dalam mindanya diubah. Mereka juga
yakin
bahawa Karl telah memindahkan kenangan dan
pengalamannya selama 20
tahun ke
dalam otak Shida. Dalam pada itu, di sebuah
stesen minyak Marilyn menaiki kenderaan
yang
dipandu oleh Amin.
Dia mendekati Farisha, menyatakan bahawa dia
amat merindui anaknya itu. Namun Farisha bertegas dan marah lalu
menempelak bahawa Marilyn pernah ingin membunuhnya dulu. Suis alat pemintas untuk melemahkan
WALL di
otak Farisha dihidupkan.
Bab 13
Dr. Haris ialah doktor yang sedang
merawat
Karl
di Puchong. Beliau menyatakan
bahawa keadaan kesihatan Karl sangat teruk.
Namun Dr.Maxi mahu terus menghubungkan fikiran Karl melalui Shida. Dr. Maxi dapat berbual dengan Karl
melalui Shida. Melalui Shida Karl bangun
dan
bertindak melalui komputer berusaha untuk
menghapuskan virus dalam Dinara. Kebijaksanaan ini
diterima oleh Karl melalui Farisha
yang Karl telah gandakan IQnya 26 tahun dahulu. Dalam masa yang sama Farisha
telah berada di situ bersama-sama Marilyn/Medina, dan dua orang
pengikutnya. Di sini rahsia terbongkar. Marilyn/Medina ialah
ibu Farisha dan
Karl ialah bapanya yang
telah
sanggup mengeksploitasi anaknya sendiri
untuk kepentingan kajiannya di
Soft Lab iaitu
mengaktifkan sistem Dinara.
Marilyn
menjadi musuh
kerana Karl
telah mensabotaj
fikirannya menggunakan fikiran seorang bekas banduan dan akibatnya Marilyn/Medina
menjadi separuh gila dan cuba mencekik
Farisha. Dr. Maxi dan Aqramlah yang
menyelamatkan Farisha dan dibawa kepada
keluarga angkatnya iaitu keluarga Azraai. Farisha juga mendapat tahu bahawa Aqram juga adalah cyborg seperti
Alia.
Bab 14
Hari ini merupakan hari paling hiba
bagi Farisha kerana menghadap seorang insan yang sepatutnya dipanggil ayah. Karl terbaring tidak berkata-kata. Dr. Haris
menyatakan bahawa aktiviti otaknya semakin menurun. Semua orang yang ada di situ masuk bergilir-gilir
mendekati Karl. Bermula dengan Aqram, Dr. Maxi, Khairul Anwar, Medina, Alia, dan akhirnya Farisha. Farisha
mengucapkan selamat tinggal kepada
ayahnya, namun tiada jawapan. Tepat pada pukul tujuh malam, Dr. Haris
mengumumkan
Karl telah
meninggal dunia. Wasiat terakhir
Karl
ialah mayatnya dibakar, dan abunya di tabur
di
Selat Melaka. Upacara dijalankan di Port Dickson.
Selepas upacara itu semua orang
bercakap-cakap tentang
kenangan masing-masing
semasa Karl masih hidup. Tetapi terdapat keanehan dalam diri Shida. Dia pandai
berfalsafah seperti Karl. Aqram dapat merasakan
bahawa yang berfalsafah itu
bukan
Shida tetapi Karl.
No comments:
Post a Comment