Bab 6
Pagi itu Farisha
datang
lewat
sepuluh
minit ke Soft
Lab.
Alia sudah sedia
menunggu. Farisha berasa kepalanya berat
dan
dalam keadaan tidak sedar, Alia telah
memasukkan
mikrocip ke dalam tubuhnya dan dia dapat berkomunikasi dengan Karl.
Dalam komunikasi itu
Karl meminta
pertolongan daripada
Farisha
untuk menyelamatkan Dinara. Oleh sebab tidak
dapat
mengesan butiran perbualan Farisha
dan
Karl, Alia menjadi cemburu dan marah. Selepas
beberapa ketika Farisha sedar
semula dan menjadi lebih segar apabila
dia makan pil yang diberikan oleh Aqram. Kerja
pada hari itu berakhir dengan perbincangan dan persoalan tentang seorang penyelidik
yang bernama Medina yang telah hilang di Soft Lab tanpa dapat dikesan. Hal ini
demikian diterangkan oleh Shida melalui kajiannya di Arkib.
Bab 7
Pada sebelah malam Farisha, Shida dan Rosman berjumpa di pejabat Secured
Shell. Ketiga-ketiganya
meneliti kontrak yang diajukan oleh
Soft Lab.
Sementara mereka berbincang, tiba-tiba
Farisha mengalami sakit kepala setelah
terlihat suatu cahaya putih memancar ke arahnya. Hasrat meneliti kontrak dibatalkan dan ketiga-tiga
mereka bergegas pulang. Sementara itu mereka diberitahu oleh Uncle Seng yang berada di situ
bahawa dia bergegas keluar dari kedai runcitnya kerana terlihat beberapa orang turun tangga pejabat Secured Shell dengan membawa beberapa perkakas
besi termasuklah suatu barang
yang serupa dengan piring
tv satelit. Tiada laporan polis
dibuat.
Dua malam selepas kejadian itu, Farisha telah diundang oleh Abang Azraai untuk makan malam di rumahnya. Di sana Farisha bertemu, abang Azraai, kak Mariah
dan kedua-dua anak
mereka Aina dan Dina. Alangkah terharu bercampur sedih apabila
dia
mendapat tahu bahawa abangnya mengalami sakit jantung dan perkara kedua yang
amat mengejutkannya ialah, dirinya ialah anak angkat kepada ibu dan ayahnya. Malam
itu Farisha tidak dapat melelapkan mata.
Bab 8
Pada pagi itu sebelum sempat Alia membawa Farisha ke alam bawah sedar,
tiba-tiba Farisha pengsan. Doktor dipanggil dan Farisha
dibawa ke hospital.
Aqram, Khairul Anwar dan Dr. Maxi hairan dan menurut Aqram dia
sudah menyiasat latar
belakang Farisha
sekian lama tiada pula maklumat tentang sebarang penyakit yang
membimbangkan. Sebaik saja Farisha dibawa ke hospital, Dr. Maxi, Aqram dan
Khairul
Anwar bergegas ke Arkib untuk berjumpa Shida. Beberapa soalan diajukan kepadanya
tentang latar belakang penyakit Farisha.
Bab 9
Dr.Maxi, Aqram
dan Khairul Anwar berbincang tentang Plan
B,
iaitu
menggantikan Farisha
dengan Shida. Namun kedua-duanya amat berbeza. Lagipun tubuh Farisha
telahpun ditanam
dengan
mikrocip yang membolehkannya berkomunikasi dengan Karl. Karl menggunakan teknologi ini sebagai satu kaedah telepati untuk berhubung
dengan Farisha. Pada jam 5.30 petang mereka akan melawat
Farisha di hospital. Shida pula pulang
ke rumah dan cuba mencari
sebarang bukti tentang penyakit Farisha tetapi gagal. Namun Shida terjumpa satu bukti yang menyatakan bahawa Farisha ialah anak angkat. Apabila Shida
dan
Rosman melawat
Farisha, dia sangat lemah
dan
terdapat satu benjolan kecil di belakang tengkuknya. Tetapi Farisha menyatakan itu tidak apa-apa. Farisha terlena
lagi. Beberapa minit
kemudian, Farid
dan Amin (orang suruhan Marlyn/Medina) datang
ke katil Farisha menggunakan peranti untuk
mendapatkan maklumat yang sebelum ini gagal kerana ruang fikiran Farisha
dilindungi oleh WALL. Tetapi kali ini mereka berjaya kerana WALL
lemah apabila badan Farisha lemah. Selepas itu Aqram pula
mencari maklumat pada
badan Farisha dengan menggunakan satu alat sepanjang enam sentimeter. Aqram mendapati alat itu bertukar menjadi warna merah yang menunjukkan tahap kesihatan Farisha tidak memuaskan. Farisha terus lena kerana abangnya Azraai telah meminta
doktor memberikan ubat tidur kepadanya. Azraai juga membohongi doktor bahawa
mikrocip di dalam badan Farisha yang kelihatan di CT-scand itu adalah dalam
pengetahuan Farisha yang
dia sendiri sukarela menjalani satu uji kaji untuk sebuah universiti. Perkara itu juga adalah amanah ibu bapanya supaya semua mikrocip itu mesti kekal dalam tubuh Farisha dan dia mesti berkhidmat
di Soft
Lab
apabila diperlukan. Pada tengah malam itu Dr. Maxi menyarankan Shida
akan menggantikan
tempat Farisha.
Bab 10
No comments:
Post a Comment