Bab 1
Raiha, seorang
doktor pakar
yang
baharu menyertai
Pusat
Rawatan
Pantai Kasih (PRPK)
menghadapai masa sukar apabila sentiasa terkenang peristiwa silam
yang mengiringi perjalanan hidupnya. Raiha amat terkesan dengan tugasan yang
diberikan oleh Doktor Uwang untuk membuat pembedahan kali keenam ke atas pesakit yang bernama Unong
Siron. Raiha berasa curiga tentang pembedahan yang sama
dilakukan sebanyak lima kali ke atas pesakit pada tempat pembedahan yang sama.
Walaupun selesai menjalankan tugasan dengan jayanya, namun Raiha berpendapat bahawa pembedahan tersebut tidak
harus berulang kali terutama kepada pesakit
daripada kalangan golongan
menengah dan ke bawah. Prinsip hidup Raiha iaitu memuaskan semua pihak. Raiha juga dibayangi dengan kenangan silam iaitu rasa
pendam cintanya terhadap Doktor Uwang tetapi telah terpadam selepas dia
memilih
Doktor Sadiz sebagai suami. Namun, kenangan itu sukar dilupakan terutama sewaktu
dia memberikan bantuan kepada Doktor
Uwang
dalam pembentangan seminar. Raiha
juga teringat akan ayahnya yang membentak apabila Raiha menyuarakan hasrat untuk
berkahwin dengan Doktor Sadiz. Ayahnya yang berjaya membesarkan dua orang
adik lelaki tirinya menjadi golongan
professional berpendapat bahawa
pemilihan Doktor Sadiz
sebagai suaminya adalah kurang tepat dan akan menyebabkan kesengsaraan
pada masa depan.
Ingatan terhadap larangan ayahnya supaya bidang
pakar
pembedahan tidak menjadi pilihan kerana berpendapat bidang tersebut tidak sesuai
dan
tidak berfaedah kepadanya dalam jangka masa panjang.
Sister Felicia Landosi,
jururawat kanan yang banyak pengalaman begitu tidak menyenangi Raiha apabila dia telah ditegur akibat melakukan sesuatu yang
kurang
menyenangkan di PRPK. Sister Felicia ditawarkan dengan gaji yang
lumayan supaya bertugas di PRPK setelah bertugas di hospital kerajaan sebelum ini. Felicia
berpendapat teguran Raiha dan amaran Doktor Uwang terhadap dirinya tidak adil. Dia berhasrat untuk melupakan peristiwa hitam pada malam yang menggemparkan itu.
Doktor Alex pula mengesyaki bahawa beliau bergaduh
dengan Doktor Razak. Ingatannya juga kembali kepada kenangan lalu sewaktu anak
Raiha disambar api di hadapan matanya. Ingatan itu sukar
dilupakan dan menghantuinya selama ini. Dia juga sentiasa dibayangi keresahan khuatir
tingkah lakunya diperhatikan terutama di ruang
farmasi.
Dalam keadaan rakan sejawat yang sedang leka melaksanakan tugas Felicia
dibayangi dengan prasangka. Sehingga jururawat Ariana yang sedang
bercakap di gagang telefon dengan Doktor Razak turut
diteguri kerana asyik bergayut di telefon
sahaja. Atas permintaanya sendiri dia tidak bertugas pada sebelah pagi sebaliknya pada sebelah
malam
dan
tugas
rutin
harian tidak perlu dilaksanakannya memberi
peluang kepadanya untuk
mengelakkan diri
daripada bertembung dengan Rahia.
Bab 2
Doktor Uwang perpendirian tegas terhadap prinsip hidup, amat tidak bersetuju
sekiranya ada orang gaji di rumahnya. Malahan, anak tunggal hasil
keterlanjurannya dahulupun dihantar belajar di
sekolah swasta berasrama seawal usia tujuh tahun lagi
sehingga anaknya itu kekok untuk
bersama-samanya apabila ada peluang pulang bercuti
semesternya.
Doktor Uwang berpendapat
anaknya
itu
tidak harus
pulang
langsung kerana memalukannya sahaja. Ketegasan Doktor Uwang terhadap perniagaan kesihatan
menjadikannya sebagai salah seorang doktor berwibawa yang
banyak membawa keuntungan
kepada PRPK.
Ayah
mentuanya
yang
menyerahkan PRPK kepadanya turut berpendapat bahawa untuk kaya tidak harus ada halangan
asalkan berusaha. Walaupun agak kesal menyerahkan PRPK kepada Doktor Uwang, namun akur dengan kehebatan menantunya menerajui PRPK.
Doktor Uwang menganggap ayah mentuanya sama seperti Raiha yang adakalanya seperti
memperkecil-kecilkannya kewibawaannya tetapi dia berpendapat
bahawa untuk mendapat kesihatan yang baik mestilah menggunakan kecanggihan alat
perubatan. Doktor
Uwang juga sering mengeluh
kesakitan pada pergelangan tangannya dan
kepala lututnya
namun belum sempat membuat
diagnosis tepat terhadap penyakitnya itu. Oleh sebab, dia kurang sihat untuk melakukan pembedahan
terhadap Unong Siron pada kali ini,
tugas
itu diserahkan kepada Raiha.
Raiha mempersoalkan kejadian infeksi yang berlaku kepada
Unong Siron.
Peribadi Raiha yang
dikenali sewaktu menjadi siswi dengan yang ada sekarang amat
berbeza. Dahulu Raiha menaruh hati terhadapnya tetapi sekarang
sudah lenyap dan
menganggap Raiha sudah angkuh dan beranggapan Raiha tidak
bersyukur dengan
tawaran berkhidmat di PRPK miliknya. Doktor Uwang juga teringat kembali terhadap
kanak-kanak perempuan yang sudah
meninggal dunia
dan
sentiasa membayang
hidupnya. Lamunannya tersentak apabila ingatanya juga turut dibayangi oleh peristiwa
pencerobohan doktor palsu yang menyamar di
PRPK
miliknya.
Bab 3
Sister Felicia menjalankan rutin hariannya seperti biasa walaupun dia sangat
mamai ketika itu. Dia menemui pesakitnya di bilik VVIP
yang digambarkan seperti hotel bertaraf lima bintang. Dia mengambil suhu
dan
mengukur nadi pesakit yang bergelar Datin itu dengan
berhati-hati serta
bersopan santun. Baginya merawat pesakit berkelas menengah atas ini perlukan kesabaran dan
layanan yang tinggi. Pesakit itu perasan
akan perubahan diri Sister
Felicia yang kelihatan pucat lalu ditegurnya tetapi dia mengatakan bahawa keadaannya seperti
biasa sahaja, barangkali cuaca musim kemarau
panjang
ini
menyebabkan
keadaannya
begitu. Dia
terbayang
kembali
peristiwa ketika dia bersama Doktor Sadiz yang
berkesudahan dengan gambaran
kematian anak perempuannya yang rentung akibat disambar api yang sedang marak membakar kereta mewah doktor itu.
Selepas meneladeni
pesakit yang bergelar Datin itu, Felicia kemudiannya ke dapur dan menikmati ais krim milik Raiha sambil teringat kembali zaman dia menjadi
pelajar bidang kejururawatan dahulu. Walaupun dia mempelajari bidang perubatan
tetapi dia masih tidak
berupaya mengubati dirinya yang kelukaan. Malah dia mengambil
ubat batuk sebagai penawar kelukaan hatinya. Felicia juga sering mendengar keluhan ibu
Unong Sairon yang
mengeluh tentang pembedahan anaknya yang
keenam sama ada
Berjaya ataupun
tidak kerana kemampuannya hanya setakat itu
sahaja disebabkan
semua wang insurans anaknya sudah dihabiskan untuk belanja perubatan tersebut.
Raiha masih teringat akan peristiwa hitamnya. Pelbagai pertanyaan
menyerpa benaknya tentang punca kematian
anaknya juga tentang
keputusan perbicaraan Raiha vs Sadiz
yang akhirnya berpihak kepada bekas suaminya itu. Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang menyalahkan dirinya atas kematian anak perempuan mereka. Raiha pula memberitahu bahawa semuanya berpunca daripada Doktor
Sadiz menyebabkan sanak saudara yang selama ini menyokongnya semakin berundur
dari
hidupnya. Raiha
juga teringat akan layanan kasar Felicia terhadap ibu pesakitnya Unong
Siron,
masyarakat
kelas menengah bawah. Sergahan Raiha terhadap Felicia
menyebabkan
Felicia kecil hati dan berasa amarah dengan tindakan Raiha walaupun sebenarnya
tindakannya mengasari ibu pesakit adalah salah. Raiha berasa bersalah akan tindakannya menegur
sikap Felicia. Dia teringat kisah lama antaranya dengan Felicia. Mereka bersekolah di sekolah yang sama, tetapi Felicia menghilang selepas kematian
ibunya. Mereka bertemu di
Hospital Kinabalu selepas sekian lama menghilang. Pada
ketika itu Felicia seorang jururawat manakala Raiha sudah menjadi doktor.
Raiha masih teringat akan serkahan Doktor Sadiz terhadapnya. Doktor Sadiz menyatakan bahawa Raiha sengaja melarikan kereta mewahnya. Bukan itu sahaja
Doktor Sadiz juga meyatakan bahawa barang kemas yang dibelikannya
juga turut dibawa lari oleh Raiha.
Namun Raiha cuba menyangkal dengan mengatakan bahawa
barang kemas yang dibawa adalah barang kemas
miliknya hasil titik peuhnya sendiri.
Doktor Sadiz menyatakan bahawa sampai mati sekalipun dia tidak akan melepaskan
Raiha. Doktor Sadiz mahu Raiha
merana, gantung
tidak bertali
sebagai balasan
tergamak memalukannya di mata golongan masyarakat elit.
No comments:
Post a Comment