Tema
Tema novel ini ialah perjuangan golongan tua dalam masyarakat Melayu tradisional menegakkan pengamalan ubat-ubatan tradisional boleh
menyembuhkan sebarang penyakit. Contoh: Penggunaan herba-herba dapat mengubati semua penyakit yang
dihidapi
dengan
cara mengamalkan
pemakanannya,
bukan sahaja sesuai
kepada
penduduk kampung juga kepada penduduk seperti Puan Hamimah yang menghadapi
masalah gout. Khasiat
herba tersebut boleh menjamin kesejahteraan hidup walaupun sebahagian kecil generasi moden menyangkal kemujarabannya. Herba-herba ini
bukan sahaja dimakan oleh
masyarakat Melayu,
malah
masyarakat lain juga
mempercayainya. Herba-herba
tradisional boleh digunakan
sebagai petua dalam amalan seharian malah dianggap dapat
menyembuhkan penyakit berat iaitu ketagihan dadah seperti Haziq diberikan herba sebagai penawar.
Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam
novel ini, antaranya:
i. Persoalan
masalah
kepincangan rumah tangga
Contoh: Che Jah dengan suaminya, Seman yang selalu memukul anak-anak serta menderanya.
ii. Persoalan keagamaan
Contoh: Dalam perjuangan membina kubah surau di
kampung dalam menegakkan syiar Islam. Penduduk
sanggup menolak peruntukan dari Yang
Berhormat untuk membina sebuah balai raya tetapi bersetuju untuk membina
kubah surau bagi tujuan keagamaan.
iii. Persoalan
persahabatan
Contoh: Persahabatan antara
Lili dengan Geetha yang begitu akrab walaupun
berlainan agama dan bangsa.
iv. Persoalan perpaduan antara kaum
Contoh: Perpaduan kaum
menjadi
baik seperti adanya hubungan kemesraan
yang terjalin antara masyarakat Melayu, Cina dan India. Mereka hidup aman damai tanpa perbalahan,
malah hubungan kaum ini begitu rapat antara keluarga Geetha dan Lili. Geetha pernah bermalam di
rumah Lili
kerana hubungan yang
sangat mesra dan rapat.
v. Persoalan menuntut ilmu
pengetahuan
Contoh:Geetha merupakan seorang
mahasiswa yang rajin menuntut ilmu, juga merupakan seorang pelajar tahun satu Jurusan Kejuteraan
Awam, Universiti Malaya, begitu juga Lili yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.
vi. Persoalan golongan muda yang
terjebak masalah dadah
Contoh: Haziq
dan
Rafiq yang terjerumus
ke dalam kancah ketagihan dadah
akibat masalah keluarga yang
dihadapi. Tertekan dengan
masalah keluarga kerana ayahnya Seman begitu garang dan sering memukul anak-anaknya
sehingga menyebabkan hidup mereka tertekan. Mereka mengambil jalan mudah
dengan melibatkan diri dalam kancah ketagihan dadah.
vii. Persoalan
hubungan kekeluargaan antara anak dan
ibu bapa
Contoh:Ibu Lili
tidak berminat untuk menghabiskan masanya di kampung, tetapi menghantar
Lili
ke kampung
sepanjang cuti persekolahan. Ibu Lili
melanjutkan
pelajaran keluar negara, terdedah dengan dunia
Barat sehingga
menganggap kampung terlalu jumud.
Ibu Lili juga terlalu jarang pulang ke kampung untuk
menjenguk kedua-dua ibu bapanya,
menyebabkan hubungannya menjadi
renggang.
viii. Persoalan
hubungan manusia dengan alam sekitar
Contoh: Hubungan antara manusia dengan alam sekitar seperti datuk sangat
mengambil berat tentang herba-herba yang
banyak memberi
jasa
kepadanya.
Datuk mengenali semua herba yang boleh dijadikan ubat-ubatan.
ix. Persoalan suka fitnah memfitnah
dalam masyarakat
Contoh: Masyarakat
Melayu yang suka membuat
fitnah antara satu sama lain, yang menyebabkan keretakan dalam masyarakat akhirnya membawa perpecahan. Cerita kubah dilarikan orang oleh
beberapa wanita mengesyaki angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang
telah terkenal
dengan kejahatan lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta
agar mereka tidak membuat tuduhan melulu yang tiada kepastiannya.
No comments:
Post a Comment