Sinopsis
Cerpen
Kaduk, Ayam dan Raja
mengisahkan perjuangan
cucu Kaduk
iaitu Hakim
yang berusaha mendapatkan tanah milik arwah datuknya yang diambil oleh Raja. Hakim yang merupakan lulusan universiti telah meminta bantuan sahabatnya iaitu Azam seorang
lulusan bidang undang-undang untuk memfailkan kes tuntutan
tanah seluas empat
ekar itu. Melalui penghujahan Azam, beliau telah berjaya menyakinkan mahkamah bahawa Kaduk
menyerahkan ayam Kunani kepada raja tanpa kerelaannya hatinya. Hal ini menyebabkan kemenangan berpihak kepada Hakim. Setelah itu, Hakim merancang
untuk menternak ayam secara pertanian kontrak dengan
syarikat
besar yang menubuhkan cawangan di
Malaysia dengan nama Rangkaian Jasa Agrikultur atau singkatannya RAJA.
Hakim menternak ayam bagi menyahut seruan kerajaan yang
banyak memberi
insentif kepada penternak.
Kesungguhannya terbukti
apabila Hakim telah
membuat pinjaman bank melebihi dua ratus ribu ringgit. Hakim
terpaksa meminda kertas kerjanya beberapa kali dan hasil bantuan seorang Yang Berhormat telah menyebabkan bank meluluskan pinjaman tersebut untuk membina
sebuah reban ayam tertutup yang dilengkapi sistem penyaman udara serta peralatan memberi makanan secara semi automatik.
Setelah kelulusan bank diperoleh, satu
perjanjian kontrak dimeterai antara Hakim dan syarikat RAJA, maka
projek penternakan ayam pun bermula.
Konflik mula timbul setelah setahun Hakim menjadi penternak ayam.
Sahabat
karibnya Azam telah pulang dari luar negara kerana berkursus dan terus berjumpa
dengan Hakim. Hakim telah menceritakan masalah yang
dialaminya sepanjang dia
menjadi penternak ayam iaitu terdapat rungutan
orang
kampung terhadap lorinya yang telah menyebabkan
keadaan jalan kampung bertambah teruk. Selain itu, Hakim
menjelaskan kepada
Azam bahawa hidupnya dibelenggu hutang
dengan menunjukkan
penyata hasil
jualan ayam dari rebannya yang bernilai lapan puluh lima ribu ringgit.
Namun begitu hanya tiga belas ribu ringgit sahaja
yang diterimanya kerana selebihnya
digunakan untuk membayar hutang kepada syarikat RAJA. Jumlah wang yang diterima
itu pula terpaksa digunakan untuk
membayar pelbagai kos seperti bil elektrik, bil air,
hutang bank
dan
sebagainya. Hakim menzahirkan penyesalannya tentang memilih
ternakan kontrak yang dianggapnya situasi menang menang
tetapi keadaan yang
sebaliknya pula berlaku. Hakim mula
menyedari bahawa dirinya telah dieksploitasi oleh
Syarikat RAJA melalui harga dedak dan ubat untuk
ayam ternakannya sehingga
hutangnya meningkat.
Hakim menganggap dirinya menerima nasib yang sama seperti nasib datuk yang tertipu oleh orang yang memiliki kuasa.
No comments:
Post a Comment