Tema
Tema cerpen ini ialah kesungguhan seorang anak
muda menceburi bidang
keusahawanan. Sebagai
contoh, Hakim
berusaha bersungguh-sungguh untuk
menjalankan projek ternakan ayam walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran.
Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam cerpen ini,
antaranya:
i. Persoalan keberanian
menuntut hak
Contoh: Hakim berani
menuntut tanah milik datuknya dengan memfailkan kes
di mahkamah melalui
sahabatnya, Azam.
ii. Persoalan
memahami selok belok bidang keusahawanan
Contoh: Hakim mendapat
bantuan agensi kerajaan sebelum menjalankan bidang
penternakan ayam yang dirancangnya.
iii. Persoalan ketaatan terhadap pemerintah
Contoh: Kaduk mentaati perintah raja dengan menukarkan ayam Kunani
dengan
ayam raja atas perintah baginda semasa bersabung ayam.
iv. Persoalan penindasan golongan
yang berkuasa terhadap golongan yang lemah
Contoh:
Syarikat
RAJA mengambil
kesempatan dengan menentukan harga dedak dan ubat
ayam ternakan sehingga menyebabkan Hakim menanggung
beban hutang.
No comments:
Post a Comment