Tema
Ketaasuban terhadap teknologi hingga menghilangkan sifat kemanusiaan
menjadi tema kepada novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Watak utama novel iaitu Farisha,
pakar
penggodam sistem perkomputeran menjadi mangsa kepada ayah kandungnya
sendiri yang
taasub
untuk mencipta sesuatu yang
baharu. Ayahnya, Karl mengorbankan nilai-nilai kemanusiaan asalkan hajatnya tercapai.
Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel
ini, antaranya:
i. Persoalan sikap
baik hati
Contoh: Keluarga Azraai yang baik hati sanggup menerima Farisha sebagai
anak
angkat mereka.
ii. Persoalan kasih sayang
ibu terhadap anak
Contoh: Marilyn/ Medina berusaha untuk menyelamatkan Farisha daripada dipergunakan oleh Karl yang taasub terhadap bidang sains.
iii. Persoalan kebijaksanaan
dalam sesuatu
bidang
Contoh: Karl bijak dalam bidang sains hingga berjaya mencipta cyborg seperti
Aqram, Alia dan Khairul
Anwar yang kini bekerja untuknya di
Soft Lab.
iv. Persoalan penghargaan
terhadap daya inovasi seseorang
Contoh: Karl menerima
anugerah inovasi peringkat kebangsaan sebagai
penghargaan atas kepintarannya dalam bidang sains.
v. Persoalan manusia yang tidak
mempercayai kewujudan Tuhan
Contoh: Karl
tidak mengakui dan
mempercayai kewujudan
Tuhan. Dia
menukarkan isterinya
(Rusmina)
menjadi cyborg bernama Alia kerana Rusmina tidak mahu meninggalkan agama yang dianutinya.
No comments:
Post a Comment