Wednesday, 6 April 2016

SINOPSIS NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN - BAB 1 HINGGGA BAB 7

Bab 1

Lili yang akan tamat persekolahan menengahnya, bercadang untuk menghabiskan cuti di kampung datuk dan neneknya dalam Daerah Dungun, Terengganu. Sebenarnya perasaan Lili tidak gembira untuk pulang bercuti ke kampung,
namun terpaksa berpura-pura demi menjaga hati ibunya.




Bab 2



Perjalanan pulang ke kampung dihantar oleh ayah ke perhentian bas ekspres



dengan mengandang dua buah beg pakaian. Lili berpakaian tebal ketika itu kerana musim tengkujuh. Dari Kuala Lumpur ke kampung datuk neneknya mengambil masa selama lapan jam perjalanan. Di dalam bas Lili sibuk membaca buku Panduan Pemakanan Sihat Melalui Sayur-sayuran dan Buah-buahan. Lili berkenalan dengan seorang pelajar tahun satu Jurusan Kejuteraan Awam, Universiti Malaya yang bernama Geetha juga ingin menuju ke daerah yang sama. Mereka bersembang tentang masa
depan. Lili menyedari bahawa dia sedang diperhatikan oleh seorang pemuda Cina.




Bab 3



Geetha telah turun di Pekan Sejahtera lebih awal sebelum sampai ke Pekan



Sentosa. Lili sedang menunggu Abang Rashid untuk mengambilnya pulang. Dalam kesibukan Lili disapa semula oleh pemuda tersebut kerana tertinggal buku penjagaan kesihatannya. Pemuda itu mempelawanya untuk tumpang sama, tetapi Lili menolak
pelawaan itu kerana dia sedang menunggu Abang Rashid untuk pulang.




Bab 4



Lili melihat keindahan kampung yang nyaman dan begitu damai dengan sawah



bendang luas terbentang. Lili bertemu dengan nenek di bendang, lalu bersalaman dan bertanya khabar. Menurut nenek datuk sibuk dengan urusan gotong-royong menaikkan kubah masjid kampung bersama-sama dengan masyarakat kampung.


Bab 5



Datuk  bercerita  tentang  keunikan  reka  corak  jendela  dan  pintu.  Sepanjang



malam pula datuk begitu pakar bercerita kemujaraban akar-akar kayu ubat yang dapat menyembuhkan penyakit secara tradisional. Menurut datuk, khasiat tumbuh-tumbuhan lain juga menjadi amalan penduduk-penduduk kampung dalam pemakanan dan pengubatan tradisional, malah pihak hospital juga menggunakan herba sebagai bahan untuk mengubat penyakit. Tetapi nenek menegur datuk supaya tidak mempengaruhi segala  pendapatnya  berkaitan  dengan  pengubatan  tradisional  yang  belum  tentu
kepastiannya.




Bab 6



Ketika kedengaran bunyi hujan turun, nenek mengarahkan Lili menutup semua



cermin yang terdapat di dalam rumah dengan kain sarung bertujuan untuk terbalikkan mata kilat. Kemudian nenek membakar kulit bawang putih pemberian perempuan berbangsa India, Letchumi, supaya isi rumah berbau wangi. Ibu Lili pula lebih suka seni taman ala Bali, yang dipenuhi reka bentuk dan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri- ciri keselamatan, tahan lasak dan menghalau nyamuk. Manakala, di halaman rumah, ditanam dengan herba pembuka selera makan. Masyarakat kampung lebih gemar berurusan dengan datuk apabila berdepan dengan masalah kesihatan dan menjadi
kepercayaan serta sumber rujukan.




Bab 7



Nenek membawa Lili ke kedai runcit Letchumi dan terserempak dengan Geetha.



Lili tidak menyangka bahawa selama ini, neneknya begitu akrab dengan ibu Geetha. Menurut Geetha, ibunya merupakan pelanggan setia mengamalkan minuman herba buatan datuknya yang telah berjaya menyembuhkan penyakit ibunya yang sebelum ini sakit teruk. Walaupun ketika ini saiz badan ibunya terlalu gemuk, tetapi kelihatan begitu sihat. Geetha menasihati Lili supaya mempelajari ilmu penyediaan herba dan rawatan tradisional dari datuknya yang begitu terkenal di Pekan Sentosa ini. Lili merasa bangga kerana mendapat penghargaan atas kepakaran datuknya dalam ilmu pengubatan tradisional, apatah lagi yang memujinya bukanlah sebangsa dengannya.

No comments:

Post a Comment