Bab 4
Raiha tiba di rumahnya di sebuah apartment di tingkat enam miliknya yang
terletak tidak jauh dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Di sepanjang
jalan Raiha teringat akan peristiwa hitam misteri kematian anaknya dan kekalahan kes tersebut
di tangan
bekas
suaminya.
Setibanya
dia di apartmentnya
itu, dia berasa
sangat sunyi
dan
teringat pula kisah
neneknya yang
membesarkannya selama ini.
Arwah neneknya yang
berketurunan Idaan menyatakan bahawa nenek moyangnya dahulu berasal dari
Nunuk
Ragang. Daerah itu terletak di Tampias suatu kawasan di hulu lubuk dalam daerah
Ranau.
Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang
melayani dengan
baik
sebelum peristiwa hitam muncul. Dia juga teringat akan permintaan Doktor Sadiz
supaya
menggugurkan bayi yang sedang
dikandungnnya itu kerana kehadiranya bayi tersebut
tidak direstui apatah lagi sudah diketahui
fizikal bayi tersebut yang kelebihan kromosom akan menyebabkan
dia malu dengan masyarakat. Anak-anak
dengan bekas isterinya tidak ada yang cacat. Raiha tidak tergamak hendak membunuh bayi tersebut apatah
lagi bayi tersebut sah
hukum dan mempunyai hak
untuk hidup. Akhirnya bayi tersebut
lahir dan diberi nama Rohayu atau panggilannya ‘Ayu’.
Kegelisahan Datu Untong terhadap panggilan palsu dan pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai Kasih miliknya sebelum
diserahkan kepada anaknya Doktor Uwang amat jelas. Dia berharap
selepas daripada
insiden tersebut perkara sebegitu
tidak berulang. Kegelisahan turut dirasai oleh isteri Doktor Uwang, namun tidak diendahkan oleh Doktor Uwang akan rungutan dan
kegusaran isterinya itu. Doktor Uwang berpendapat isterinya yang sah dan yang tidak rasmi serta bapanya juga tidak harus
ambil peduli tentang pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Baginya, mereka
tidak tahu akan perniagaan kesihatan kini.
Doktor Uwang juga teringat akan persoalan yang diajukan oleh emak Unong Siron yang mempersoalkan kewibawaannya menangani kes pembedahan penggantian
tulang
pinggul hingga keenam kalinya itu.
Namun,
dia sudah menetapkan pendiriannya
bahawa dia akan berbuat apa-apa sahaja untuk memberikan
hasil baik berpihak kepadanya. Asalkan keuntungan berlipat kali
ganda masuk ke
ke poketnya sudah memadai, tidak perlu memikirkan bagaimana mereka mendapatkan wang membayar
kos
perubatan di situ. ‘Doktor Uwang mengelamun sambil
menonton rancangan ‘Money
Matters’ di televisyen. Lamunannya hingga ke peristiwa anak pak ciknya rentung dan disaksikan di hadapan matanya sendiri.
Felicia memasuki bilik farmasi lagi. Tiba-tiba muncul seorang
pesakit lelaki yag pernah mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan
Pantai Kasih itu.
Dengan garangnya
pesakit itu membincangkan tentang infeksi yang terjadi kepadanya. Felicia bingkas
ingin memanggil Doktor Mohammad namun dihalang oleh pesakit tersebut. Lalu Felicia mencadangkan Doktor
Uwang. Cadangannya itu tidak dipersetujui oleh pesakit tersebut sebaliknya dia mahukan Doktor Raiha. Feilcia
memberitahu bahawa Doktor Raiha tiada
dan
tidak dipercayai oleh pesakit itu
sebaliknya menganggap Felicia berbohong dan
sengapa mahu menipu. Felicia juga dituduh sengaja menceritakan yang baik-baik tanpa
memberitahu risiko yang terpaksa dihadapi oleh pesakit.
Felicia cuba menjelaskan hal yang sebenar
kepada pesakit itu tetapi pesakit itu
digambarkan
melemparkan simen dan splinnya ke arahnya
menyebabkan Felicia terjelopok,
namun
itu, merupakan hayalan Felicia semata-mata. Apabila
Felicia mengangkat muka suasana menjadi berubah apabila didapati dia berada di stor Pusat
Rawatan Pantai Kasih.
Bab 5
Doktor Uwang melarikan diri daripada diganggu bayangan anak perempuan pak
ciknya yang mati secara sadis dengan mengunjungi kelab
malam serba
eksklusif. Walaupun dia mencari ketenangan
namun tidak ditemui di kelab
malam mewah itu, kerana asyik diperhatikan oleh seorang wanita sejak dia tiba di situ. Tiba-tiba wajah
Raiha muncul dalam fikiran
Doktor Uwang, begitu
juga dengan Unong Siron yang baharu selesai menjalani pembedahan penggantian sendi pinggul yang
keenam. Dia tidak
mahu bayangan mereka menggangu hasratnya untuk mengaut keuntungan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu.
Doktor Uwang yang menghabiskan masa
menikmati kehangatan kelab malam
sememangnya seorang
yang
pemilih. Kupu-kupu
malam yang
menjadi isteri-isteri tidak rasminya haruslah dipastikan akan
kebersihan
dan
kesihatan
mereka terlebih dahulu. Doktor Uwang melihat gelagat pengunjung
kelab malam mewah itu. Tiba-tiba wanita- wanita yang dilihatnya dalam kelab malam itu berubah menjadi gadis mirim Unong
Siron
dan seorang lagi
berubah menjadi anak perempuan pak
ciknya.
Kehadiran mereka dalam fikirannya amat tidak disenangi. Tiba-tiba kepala lutut dan kedua-dua
pergelangan tangannya ngilu yang amat sangat.
Felicia berasa kurang
senang dengan Raiha
yang
cuba
menganggu kredibilitinya selama ini.
Hal ini
seolah-oleh menyebabkan dia mengunjungi bilik farmasi untuk
mencari kelegaan. Felicia juga berasa terkejut apabila Doktor
Mohammad menyatakan bahawa dia mendapat panggilan palsu. Sister Felicia mencadangkan supaya Doktor Mohammad pulang sahaja dan berehat di rumah sebaliknya ditolak malah Doktor
Mohammad bercadang untuk bermalam di bilik rehat Pusat Rawatan Pantai Kasih sahaja pada malam itu.
Dalam keadaan separa khayal dan didatangi dengan beberapa
peristiwa hitam dalam hidunya, Sister Felicia didapati terjelepok di lantai bilik air oleh
Ariana namun Sister
Felicia menafikan bahawa dia tergelincir di
situ.
Bab 6
Doktor Uwang teringat kisah kereta Porsche milik Doktor Sadiz yang terbakar.
Kisahnya bermula apabila ayah, Doktor Uwang iaitu
Doktor Ontong
meminta Doktor
Uwang menghantar
pak usunya Doktor Sadiz pulang selepas sama-sama meraikan tahun baru di rumahnya. Dalam perjalanan sewaktu hendak menghantar Felecia dan Doktor Sadiz
pulang, Doktor Sadiz mendapati pindu kondo tempat tinggalnya terbuka
dan
terdedah luas. Doktor Sadiz
juga
berasa aneh kerana kereta Porsche yang
diletakkan di garaj juga tidak ada di tempatnya. Doktor Sadiz bergegas keluar dari
kereta
itu bingkas menuju ke kondminiumnya. Tidak sampai lima minit
kemudian, Doktor
Sadiz muncul lagi
dengan wajah
muncung dan merungut-rungut.
Doktor Sadiz marah kerana Raiha membawa lari keretanya dan mengapa tidak
menggunakan keretanya sendiri
sekalipun minyak keretanya habis diisi. Doktor Uwang
menawarkan diri untuk membantu pak ciknya itu. Doktor Sadiz
meminta Doktor Uwang menghantarnya ke lokasi tempat
tinggal Raiha.
Sister Felicia
yang ada
dalam
kenderaan Doktor Uwang bercadang untuk
pulang sendiri tetapi dihalang oleh Doktor
Uwang yang akan menghantarnya pulang selepas selesai membantu Doktor Sadiz. Doktor Uwang juga menyatakan hasrat untuk menaikkan pangkat
Sister Felicia kerana
didapati
Felicia komited dengan tugasnya selama ini. Mereka
memerhatikan saat Doktor Sadiz muncul dengan gelen minyak yang kosong. Lamunan Doktor Uwang tersentak apabila ada panggilan kecemasan dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Isterinya menyatakan bahawa Doktor Raiha ingin membincangkan hal pesakit Unong Siro dan
panggilan tersebut amat penting.
Di ruang tamu apartment tempat tinggal Raiha,
dia
dikejar perasaan takut dan tidak tenteram.
Raiha teringat bagaimana dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga terpaksa menjalankan pembedahan kali kelima terhadap pesakit yang sama
di
tempat yang sama membuatkan Doktor Uwang
marah dan tersinggung. Raiha
juga berasa resah apabila Pusat Rawatan Pantai Kasih
diceroboh serta peristiwa hitam yang sering datang dalam ingatannya.
Raiha juga terbayang
saat dia memarahi Sister
Felicia yang melayan
kasar emak Unong
Siron. Felicia yang
memanggil emak Unong sebagai ‘sapi tua’ menjelaskan perkara sebenarnya yang
berlaku antaranya dengan
emak
Unong ketika itu.
Felicia menganggap ‘sapi tua’ itu keterlaluan dan menuduhnya
tidak jujur membuat cadangan pembedahan di Pusat Rawatan Pantai
Kasih.
Raiha berpendapat bahawa walau apa juga yang dinyatakan oleh Felicia, dia tidak sepatutnya melayan emak
Unong Siron dengan kasar begitu. Bagi Raiha yang penting
adalah kebajikan para pesakit dan ahli
keluarga yang
turut terlibat dalam perawatan itu. Mengasari
orang
yang
memang sedia
menderita sakit pada badan
dan mental, adalah kejam dan meminta Felicia supaya tidak mengulanginya lagi.
Deringan
telefon
menyentak
lamunan
Raiha. Panggilan
telefon
itu memintanya datang segera ke Pusat Rawatan Pantai
Kasih. Dia tidak terus bingkas ke sana sebaliknya wajah arwah ayahnya menerjah dalam ingatannya. Arwah ayahnya memang
tidak merestui hasratnya
untuk
menjadi
pakar bedah. Walaupun
arwah bapanya
seorang pakar bedah tetapi dia berpendapat
tugas sebegitu tidak sesuai digalas oleh Raiha. Hati Raiha geram dengan telahan
bapanya itu lalu dia
bingkas bangun dan
tergopoh gapah melangkah keluar dari apartmentnya menuju ke Pusat Rawatan Pantai
Kasih.
No comments:
Post a Comment