Thursday, 7 April 2016

TEMA & PERSOALAN NOVEL PANTAI KASIH

Tema

Tema novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin ialah ketabahan seorang wanita menghadapi pelbagai rintangan dalam hidupnya.   Contoh: Raiha tabah menghadapi kematian anak perempuannya. Anak perempuan tunggalnya itu adalah seorang anak istimewa,  berkromosom  lebih  iaitu  ‘down  sinDoktorom’.  Sejak mengetahui  keadaan anaknya dalam kandungan, suaminya meminta agar kandungan itu digugurkan, namun Raiha tetap mahu melahirkan anak tersebut walaupun mendapat tentangan daripada suaminya. Selain diminta agar anak tersebut dihantar ke asrama yang mengasuh anak istimewa seperti Rohayu atau Ayu itu, namun Raiha bertegas untuk memelihara sendiri dan menghabiskan masa dengan anaknya itu menyebabkan Doktor Sadiz berada kecewa kerana isterinya itu melebihkan anaknya daripada dia. Kedegilan Raiha menyebabkan suaminya berasa marah dan membakar kereta mewah yang dibawa oleh Raiha  untuk  melarikan  diri.  Tiba-tiba  kanak-kanak  istimewa  itu  berada  di  tempat kejadian dan tidak semena-mena tersambar api kereta yang sedang marak itu sehingga rentung. Kematian anaknya itu amat menyiksakan jiwa Raiha yang tetap menyalahkan bahawa Doktor Sadizlah dengan sengaja membakar anaknya itu.


Persoalan

Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya:


i.     Persoalan tentang kepentingan diri melebihi kepentingan masyarakat.

Contoh: Sikap lebih mementingkan keuntungan syarikat digambarkan melalui watak Doktor Uwang yang tidak menghiraukan kesusahan pesakitnya Unong siron  asalkan  berkemampuan  mendapatkan  rawatan.  Doktor  Uwang  juga sanggup menghantar anak perempuan tunggalnya duduk di sekolah berasrama


seawal usia 7 tahun semata-mata untuk tidak mengganggu rutin dan statusnya. Apatah lagi anak itu adalah hasil keterlanjurannya sedangkan dia memang tidak menginginkan anak apabila berumah tangga.


ii.      Persoalan  tentang  sikap  berfoya-foya  di  luar  walaupun  sudah  berumah tangga.
Contoh: Sikap Doktor Uwang yang masih berfoya-foya walaupun sudah berumah tangga menggambarkan bahawa dia seorang yang suka bebas dan tidak mahu dikongkong. Walaupun sudah berumah tangga tetapi beliau tetap mengunjungi kelab-kelab malam dan minum arak bersama-sama gadis pelayan dan kemudianny berakhi ke   ranjang Namu sikapny yang   memastikan kebersihan setiap ‘isteri tidak sah’ menjadikan dia seorang yang pemilih.


iii.     Persoalan tentang tanggungjawab yang harus dipikul

Contoh: Raiha bersetuju untuk melakukan pembedahan ke atas Unong Siron walaupun dia berasa bahawa Dokor Uwanglah yang selayaknya melakukan pembedahan tersebut. Raiha juga berasa bahawa menjadi tanggungjawabnya melakukan pembedahan ke atas Doktor Uwang yang cedera akibat kemalangan merempuh tempoh Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia terpanggil untuk melakukannya demi menyelamatkan nyawa doktor tersebut.


iv.     Persoalan tentang sikap berani mengaku kesalahan

Contoh: Felecia mengaku kesalahannya, walaupun pada peringkat awal Felecia berasa  sangamarah  dengan  emak  Unong  yang  menuduhnya  bersubahat menipu namun akhirnya Felecia mengakui kesalahannya itu dihadapan Raiha. Felicia juga mengakui bahawa dia tahu kejadian sebenar peristiwa yang meragut nyawa anak peremuan Raiha. Dia meminta maaf kerana merahsiakannya kerana takut.


v.     Persoalan tentang reda dengan ketentuan tuhan

Contoh: Walaupun Raiha sudah mengetahui punca kematian anaknya disebabkan sikap amarah bekas suaminya Doktor Sadiz yang membakar kereta


Porsche tanpa menyedari kehadiran anaknya di situ namun Raiha reda dengan kejadian  tersebut  damenganggap  semuyanberlaku  sebagai  ketentuan tuhan dan mereka adalah mangsa keadaan. Dia tidak menyalah sesiapa termasuk Felicia sebaliknya reda menerima berita tersebut.


vi.     Persoalan tentang tabah menghadapi rintangan

Contoh: Raiha begitu tabah menerima rintangan dalam hidup. Ketabahan Raiha bermula dengan gangguan peristiwa hitam keruntuhan rumah tangganya. Walaupun dia dijadikan bahan tontonan sewaktu kes perbicaraan tersebut mendapat liputan media dan dia gagal dalam kes tersebut, namun dia meneruskan kehidupan dengan tabah. Dia juga tabah sewaktu ditempelak oleh Sister Felicia yang kurang berpuas hati dengan tindakannya menyebelahi emak Unong Siron. Walaupun Felicia tidak mengendahkan Raiha selepas kejadian itu dia tabah menghadapi Felicia kerana meraka bekerja sebumbung. Raiha juga tabah dan berhasrat untuk melupakan peristiwa dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang. Dia ingin memulakan hidup baru yang lebih selesa.


vii.     Persoalan tentang keruntuhan rumah tangga

Contoh Akiba keruntuha institusi   ruma tangg seseorang   itu   akan menghadapi trauma yang berpanjangan. Raiha sentiasa dibayangi kisah silam termasuk keruntuhan rumah tangganya. Sikap Doktor Sadiz yang dianggap keterlaluan memintanya menggugurkan kandungan mereka, dan juga menggantung Raiha tidak bertali selepas menang dalam kes perbicaraan menjadikan peristiwa hitam tersebut tidak luput dalam masa singkat.


viii.     Persoalan tentang kasih sayang

Contoh: Raiha begitu sayang akan anaknya Rohayu walaupun didapati Rohayu cacat sebelum dilahirkan lagi. Baginya anaknya itu mempunyai hak untuk lahir dan mendapatkan kasih sayangnya. Selepas Rohayu dilahirkan, Raiha menghabiskan banyak masa melayani Rohayu berbanding bekas suaminya Doktor Sadiz yang mengharapkan agar anaknya itu dihantar ke pusat pejagaan jauh  dari  situ  bagi  mengelakkan  taraf  dan  kewibawaannya  dijadikan  bahaperbincangan ramai. Raiha pula berasa kasih atas nasib yang menimpa Unong. Raiha berharap bahawa pembedahan yang terakhir itu merupakan pembedahan yang akan segera memulihkan Unong daripada terus-terusan

No comments:

Post a Comment