Thursday, 14 April 2016

TEMA & PERSOALAN CERPEN MUNSYI



Tema

Tema cerpen ini ialah semangat cinta akan bahasa, agama, bangsa dan budaya yang tersemai dalam jiwa sekumpulan warga negara.
Contoh:, Ibu kerap menasihati ‘saya agar memelihara dan cinta akan agama, budaya

dan bahasa agar dihormati oleh orang.



Persoalan

Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya:

i.     Persoalan  keinginan  anak  muda  berhijrah  ke  bandar  untuk  membina kehidupan
Contoh:  ‘Saya memohon  keizinan  ibunya  untuk  berhijrah  ke  bandar  bagi

membina kehidupannya seperti kebanyakan remaja yang lain.



ii.     Persoalan   peranan   penjajah   dalam   usaha   memecahbelahkan   rakyat sesebuah negara
Contoh:   Pihak penjajah  telah menjalankan  sistem  pecah dan perintah  agar agihan kekayaan negara tidak berlaku secara adil hingga menimbulkan rusuhan kaum akibat rasa tidak puas hati rakyat.


iii.     Persoalan    kegigihan    anak    muda    mempelajari    segala    ilmu    untuk meneruskan kehidupannya
Contoh:, Saya tekun belajar pelbagai ilmu yang berkaitan dengan kehidupan sebelum berhijrah ke bandar.


iv.     Persoalan ketaatan seorang anak terhadap nasihat ibunya

Contoh:, ‘Saya mentaati nasihat ibunya yang tidak membenarkannya berhijrah ke bandar kerana pada pendapat ibunya ‘saya masih belum cukup kuat jati diri untuk tinggal di bandar.


v.     Kebimbangan seorang ibu terhadap anaknya

Contoh: Ibu keberatan untuk melepaskan ‘saya’ ke bandar kerana bimbang

‘saya’ terpengaruh akan budaya negatif yang terdapat pada remaja di bandar.

No comments:

Post a Comment