Monday, 11 April 2016

SINOPSIS CERPEN MUNSYI

Sinopsis

Cerpen ini mengisahkan hasrat ‘saya’, seorang anak muda, untuk berhijrah ke kota dihalang oleh bondanya yang bimbang anaknya itu akan terpengaruh oleh budaya- budaya negatif di bandar.  Pada bondanya, ‘saya masih belum mantap bahasa ibunda dan jati dirinya.   Menurut bondanya lagi, warga kota sudah hilang nilai-nilai tradisi seperti cinta akan agama, bahasa dan bangsa.   Penjajah telah berjaya menyemai sentimen  perkaumadalam  kalangan  rakyat  sehinggpernah  tercetusnya pertumpahan darah akibat permusuhan antara kaum Oleh itu, bonda menasihatkan
‘saya agar memelihara agama, bahasa dan negara supaya terus dihormati dan disegani.  Sebagai seorang warga yang bersifat patriotik, bonda memiliki banyak buku lama yang berkaitan dengan bahasa, dan sejarah.   Buku-buku tersebut selalu ‘sayabaca. Menurut bonda, asas kegagahan bangsa Melayu terletak pada tiga perkara, iaitu akidah Islam, bahasa Melayu dan kesetiaan pada pemerintah yang adil.


Setelah ‘saya berasa mampu berjuang di kota barulah bonda membenarkannya ke bandar untuk meneruskan kehidupan.  Namun bonda berpesan agar menjaga dua perkara iaitu agama dan bangsa.  Bonda juga mengirimkan sejumlah buku untuk kawan lamanya yang bernama Munsyi melalui Saya’.   Apabila tiba di bandar, ‘sayamenyerahkan buku-buku tersebut pada kawannya itu yang pada pengamatan ‘saya’,
Munsyi’  merupakan  seoranyang  sangat  mencintai  bangsa  dan  budayanya.    Dia tinggal di tanah rizab Melayu di sebuah perkampungan tradisi di pinggir bandar.   Di bandar, ‘saya melihat kaum mudanya telah hilang identiti dan jati diri.   Akibat sibuk bekerja, ‘saya tidak bertemu Munsyi.   Suatu hari, ‘saya mendapat khabar bahawa perkampungan  Munsyi  akan  dibangunkadengapelbagai  bangunamewah  dan hotel.   Apabila ‘saya mencari Munsyi di kampungnya, jentera-jentera berat sedang merobohkan rumah-rumah di situ ‘Saya sedih melihat buku-buku lama yang telah
‘saya bawa, musnah apabila rumah Munsyi dirobohkan. Namun Munsyi tidak kelihatan

di mana-mana.


No comments:

Post a Comment