Bab 15
Geetha dan Lili menolong nenek
masak
di dapur sambil bersembang kosong. Geetha memberitahu
nenek bahawa tekanan darah dan kandungan gula dalam badan
ibunya stabil kerana memakan herba dan
rebusan akar-akar kayu. Nenek gembira
dengan khabaran tersebut. Datuk
masih lagi belum pulang ke rumah menyebabkan
nenek berasa
risau.
Abang Rashid
telah pergi mencari
datuk dengan menolak basikalnya dalam kegelapan malam. Keesokan paginya datuk pulang
ke rumah dengan dileteri nenek, dan di
tepi
dinding terdapat dua buah bakul
berisi
akar-akar kayu dan
daun-daun hutan.
Bab 16
Datuk bercerita
dengan nenek pengalamannya mencari bahan-bahan untuk
dijadikan herba di hutan tanpa kepenatan dan keletihan. Tetiba sahaja Danel muncul
dengan membawa buah-buahan dan makanan lalu
diberikan kepada nenek. Datuk menyambut kedatangan Danel seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang
berlaku sebelum ini. Manakala, Geetha dan Lili
menyiapkan minuman kepada tetamu yang datang. Mereka bercerita tentang
Danel yang kali
pertama bertemu
di
dalam bas yang
sama
dinaiki oleh Lili
dan Geetha sewaktu pulang ke kampung. Geetha memohon untuk
balik kerana telah berjanji kepada ibunya bahawa dia hanya dibenarkan bermalam
semalam sahaja di rumah nenek
Lili. Sebelum Geetha dihantar pulang, nenek
berpesan
kepada Lili supaya pergi ke kedai Ah Kwan untuk membeli
barang-barang keperluan dapur. Dalam perjalanan pulang
Lili, terserempak dengan
adegan kejar-mengejar
beberapa
orang
pemuda yang
bersenjatakan parang. Lili mungkin kenal pemuda- pemuda tersebut dan mereka pernah datang ke rumah nenek dulu. Sebaik sahaja tiba
di rumah, Lili terkejut apabila melihat Danel dalam keadaan meniarap sedang diurut
oleh
datuk. Sebenarnya menurut kata nenek, semenjak kebelakangan ini hubungan
datuk dengan Danel begitu baik. Danel kini lebih gemar menulis artikel berkaitan buah-
buahan terutamanya pisang.
Bab 17
Dalam artikel
Danel yang berjudul Segala
Tentang
Pisang telah
menghuraikan secara panjang lebar
berkaitan produk pisang di Tenom, Sabah. Penanaman pisang
secara besar-besaran
di
Sabah telah berjaya di eksport keluar negeri. Pendapatan lumayan ini juga dibantu dengan tanaman sampingan lain seperti
buah-buahan, getah
dan
kelapa sawit. Hasil pertanian ini telah berjaya memberi pulangan tinggi kepada
peladang dan hidup mewah. Mengikut kajian perubatan, pisang bukan sahaja dapat mendatangkan
pulangan yang
tinggi, malah boleh
menghasilkan
tenaga segera kepada tubuh badan di samping boleh menyembuhkan pelbagai penyakit
jika pengambilannya seimbang. Kulit pisang pula boleh
menyembuhkan bintat dan rasa gatal akibat gigitan
nyamuk.
Bab 18
Isu kubah surau telah
dicetuskan oleh Pak Sahak, ketua kampung, Imam Sanusi dan seorang pemuda.
Mereka ke rumah datuk untuk berbincang supaya masalah yang buntu ini dapat diselesaikan, jika tidak campur tangan Yang
Berhormat diperlukan. Tetiba, Lili yang
ternampak juluran ranting di jendela
mendapati Danel memberi isyarat mengajak Lili menemaninya ke pekan untuk membeli minyak gamat
Setelah mendapat
kebenaran nenek, mereka ke pekan menaiki bas kerana kereta Danel digunakan oleh abangnya. Semasa di dalam bas, Danel memberi alasan kenapa dia menulis artikel
mengenai
pisang.
Bab 19
Sebelum
pulang, Danel dan
Lili singgah di
restoran
makanan segera untuk
makan dua biji burger, kentang goreng
dan minuman berkarbohidrat, ini boleh
mengundang penyakit darah tinggi. Danel juga memberitahu, bahawa nenek Lili
memang pandai memasak dan masakannya sungguh sedap. Dia juga selalu ke rumah
nenek membantu nenek masak tanpa
pengetahuan Lili. Menu masakan semuanya menggunakan
pisang sebagai bahan campuran. Mereka singgah di pasar raya untuk
membeli beberapa barang keperluan, seterusnya Lili merancang untuk singgah ke
rumah Geetha. Setelah selesai mereka pulang menaiki bas seperti biasa, sehinggalah
sampai menyusuri jalan ke kampung dan Danel mengekori sahaja Lili dari belakang.
Sebaik sahaja sampai
ke jalan besar yang berturap, kelihatan seorang budak lelaki dikejar oleh beberapa orang lelaki dengan suara yang memekik. Lili mengenali itulah
anak-anak Che Jah yang sering menimbulkan masalah.
Tiba-tiba tangan Lili dipulas, Danel tergamam kerana senjata tajam yang dipegang oleh Rafiq telah diacukan ke
leher Lili. Sebaik sedar, Lili telah berada di tempat perculikan yang dilakukan oleh
kedua-dua anak lelaki Che Jah.
Bab 20
Lili disembunyikan
di sebuah
rumah
usang
berlantaikan
buluh.
Danel telah datang
menyelamatkan Lili pada waktu kegelapan
malam, kerana Danel memang tahu tempat
persembunyian Rafiq dan Haziq. Danel tidak
memaklumkan kejadian itu kepada penduduk-penduduk kampung atas alasan tertentu. Menurut Danel,
Haziq satu sekolah dengannya dan merupakan seorang pelajar
pintar.
Namun, pergaulan bebas kutu-kutu rayau menyebabkan dirinya terperangkap dengan jenayah seperti mencuri, hisap
dadah
dan pecah
rumah. Sehinggakan
mereka
sanggup melakukan
kekerasan
dan
mengugut ibunya sendiri, juga orang-orang kampung menyumpah-yumpah supaya anaknya
ditangkap
dan dimasukkan ke dalam penjara. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah
nenek menyambut kepulangan Lili dengan tangisan kerana bimbang
akan keselamatan cucunya. Sebenarnya nenek tahu tentang kejadian yang menimpa Lili.
Bab 21
Lili berasa simpati tentang nasib malang Rafik
dan
Haziq kerana berpunca dari masalah keluarga yang
dihadapi. Sebaik sahaja berjumpa Danel, Lili terus bertanyakan khabar berita nasib mereka
dua
beradik. Ketua
kampung pula telah mengarahkan
penduduk-penduduk kampung
merobohkan
pondok tempat
persembunyian mereka.
Namun Lili tetap berasa simpati dengan keadaan hidup malang yang menimpa Che
Jah,
Rafiq dan Haziq. Menerusi
maklumat yang diperoleh dari neneknya, sudah tentu
banyak yang bersifat negetif dan menyedihkan. Oleh itu, Lili bercadang untuk
berjumpa
dengan Geetha untuk
mendapatkan maklumat yang lebih telus
dan
bersifat terbuka.
Bagi Lili, Rafiq dan Haziq
adalah manusia biasa yang memerlukan pertolongan dan perhatian semua pihak, bukan mengutuk
dan
menghina secara berterusan. Lili
memohon kebenaran untuk ke rumah Geetha, tetapi
neneknya tidak membenarkannya atas faktor
keselamatan.
No comments:
Post a Comment