Tuesday, 5 April 2016

SINOPSIS NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA - BAB 15 HINGGA BAB 21

Bab 15

Adnan bersama beberapa orang rakannya, nekad keluar dari kampung untuk pergi ke kem latihan ketenteraan di Port Dickson. Mereka pergi Cuma berjalan kaki dan menumpang lori barang dari Kajang ke Seremban. Dan dari Seremban ke Port Dickson. Mereka telah diterima menjadi tentera selepas dimaklumkan oleh dua orang anggota tentera yang datang ke rumahnya.


Bab 16

Setelah melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa menjalani latihan fizikal dan mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Adnan menunjukkan kesungguhan yang mendalam semasa menjalani latihan sehingga terpilih rekrut terbaik dan seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Itulah saat yang paling mengembirakan hati Adnan. Setelah selesai upacara perbarisan, semu rekrut   tela dimaklumka mengenai   perinta pertukaran Adna telah diumumkan  akan  bertukar  ke  Singapura  manakala  Mamapula  ditukar  ke  Kedah. Semua rekrut telah dibenarkan bercuti selama seminggu. Berita itu amat menggembirakan mereka kerana masing-masing terlalu rindukan pada keluarga yang telah lama ditinggalkan.


Bab 17

Keran kesungguhanny maka   dala waktu   yang   singkat,   Adna telah menerima kenaikan pangkat menjadi  Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih menyertai upacara pertabalan King George VI di London. Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan.
Sekembalinya Leftenan  Adnan Saidi dari London, dia berkahwin dengan seorang guru dikampungnya bernama  Sophia Pakih Muda


Bab 18

Mahligai perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia ditambah seri dengan kehadiran tiga orang anak: dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak perempuan. Tetapi  bayi perempuan itu  meninggal dunia. Pada akhir tahun 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan di Pasir Panjang dan membawa keluarganya bersama-sama.


Mereka tinggal di rumah besar di Pasir Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk

keluarga Rejimen Askar Melayu. Mereka hidup bahagia.



Bab 19

Apabila berlaku Perang Dunia 11, dan Jepun   Jepun bersedia untuk menjajah Tanah Melayu maka Leftenan   Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang. Ini merupakan masa yang gentir bagi Leftenan Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama. Dengan hati yang amat berat Sophia membawa anak- anaknya pulang ke kampung mereka di Kajang.


Bab 20

Leftenan  Adnadiarahkan  untuk  bertugas  di  Bukit  Candu  kerana  bukit  itu penting untuk dipertahankan. Sekiranya pertahan di bukit Candu dapat ditembusi maka musuh boleh menguasai Singapura dengan mudah. Sampai ke bukit Candu. Leftenan Adnan mengarahkan anggota tenteranya menggali lebih banyak parit untuk dijadikan kubu serta berjumpa dengan penghulu Sidek bagi membincangkan masalah mengenai penduduk kampung yang enggan berpindah.


Bab 21


Pada hari Sabtu, 6 Disember 1941, pegawai-pegawaTentera Laut Amerika Syarikat mengadakan  persidangan di Manila, Filipina. Antara yang hadir Laksamana Thomas C. Hart, pegawai pemerintah Angkatan Asia Amerika Syarikat (U.S. Asiatic Fleet), dan Laksamana Sir Thomas Phillips, komander Tentera Laut British, Timur Jauh. Mereka membincangkan mengenai persiapan tentera Jepun untuk menakluk Asia termasuk Tanah Melayu dan Filipina. Masing-masing yakin serangan tentera Jepun itu dapat dipatahkan tambahan pula dengan adanya askar Melayu yang diberi tugas bersama tentera Inggeris mempertahankan Tanah Melayu.

No comments:

Post a Comment